natural immunity | keimunan alamiah | Biologi | Patologi | Keadaan perumah yang menjadi imum disebabkan adanya bahan semula jadi tertentu yang sudah ada di dalam perumah tersebut, hingga ia bebas atau tidak diserang oleh patogen atau gangguan lain. Sifat ini dikawal oleh gen. bd. keimunan perolehan. |
estradiol | estradiol | Perubatan | Tiada | Nama kimia: estra-1,3,5 (10)-triena-3,17-diol; C18H24O2. Sejenis hormon steroid yang merupakan estrogen semula jadi daripada plasenta dan ovari yang paling poten, yang terdapat pada manusia. Fungsi utamanya ialah menyediakan rahim untuk implantasi ovum yang tersenyawa dan juga merangsangkan serta mengekalkan ciri-ciri seks sekunder perempuan. Bahan ini telah diasingkan daripada ovari babi hutan dan kencing kuda yang bunting, dan sudah pun berjaya disintesiskan di dalam makmal. |
festschrift | terbitan dedikasi | Kesusasteraan | Tiada | Kumpulan esei atau makalah hasil sumbangan sejumlah penulis. Kumpulan esei ini ditulis sebagai tanda penghormatan kepada seorang guru, kawan, sejarawan, teman sekerja dan sebagainya. Terbitan dedikasi diterbitkan untuk meraikan peristiwa penting seperti persaraan atau hari jadi untuk seseorang tokoh atau individu, sama ada individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal dunia. Terbitan dedikasi mula diperkenalkan di universiti di Jerman pada kurun ke-19. Terbitan dedikasi yang pertama telah dihadiahkan kepada sarjana klasik terkemuka Friedrich Ritschl pada tahun 1867. Walau bagaimanapun, kumpulan esei yang diselenggarakan untuk ahli sejarawan tersohor Theodor Mommsen berjudul Commentationes Philologicae (1877) lebih terkenal. Contoh terbitan dedikasi dalam sastera Melayu ialah Sekalung Kenangan diselenggarakan oleh Nik Safiah Karim untuk Ismail Hussein, dan Sumbangsih Tizkari buat Masuri S.N. suntingan Muhammad Bukhari Lubis dan Mohamaed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz untuk Allahyarham Masuri S.N. Contoh |
seiche | seiche | Sains | Hidrometeorologi | 1. Ayunan gelombang pegun badan air yang tertutup yang berterusan seperti ayunan bandul, selepas daya asal berhenti bertindak. Daya ini mungkin seismik atau daya atmosfera. 2. Ayunan satu bendalir sebagai gerak balas terhadap daya gangguan yang mempunyai frekuensi yang sama dengan frekuensi semula jadi bagi sistem bendalir itu. Pasang surut dianggap sebagai seiche yang diaruh terutamanya oleh daya berkala yang disebabkan oleh matahari dan bulan. 3. Di kawasan Great Lakes, sebarang bumbungan serta-merta air di pelabuhan atau di tasik sama ada berayun ataupun tidak. Walaupun tidak tepat dalam erti kata yang khusus, kegunaan istilah ini sudah mantap di kawasan Great Lakes. |
seiches | seiche | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Ayunan gelombang pegun badan air yang tertutup berterusan seperti ayunan bandul, selepas daya asal berhenti bertindak. Daya ini mungkin seismik atau daya atmosfera. 2. Ayunan satu bendalir sebagai gerak balas terhadap daya gangguan yang mempunyai frekuensi yang sama dengan frekuensi semula jadi bagi sistem bendalir itu. Pasang surut dianggap sebagai seiche yang diaruh terutamanya oleh daya berkala yang disebabkan oleh matahari dan bulan. 3. Di kawasan Great Lakes, sebarang bumbungan serta-merta air di pelabuhan atau di tasik sama ada berayun ataupun tidak. Walaupun tidak tepat dalam erti kata yang khusus, kegunaan istilah ini sudah mantap di kawasan Great Lakes. |