patina | patina | Kesenian | Tiada | 1. Tahi tembaga atau gangsa yang terjadi pada hasil seni tembaga atau gangsa akibat pengoksidaan atau sudah lama.,2. Ton atau jalinan lunak dan lembut pada karya seni yang sudah lama |
bread mould | kulapuk roti | Biologi | Mikologi | Kulat yang biasanya tumbuh pada roti yang sudah lama terdedah kepada udara. Kulit ini biasanya berwarna hitam atau kehijauan, misalnya Rhizepus nigricans. |
blue mould | kulapuk biru | Biologi | Mikologi | Species Penicillium yang biasanya tumbuh pada makanan yang sudah lama terdedah kepada udara, dan dapat menyebabkan penyakit pada buah-buahan. Koloni kulat ini berwarna kebiru-biruan. |
darkening (food) | lebam (makanan) | Sosiologi | Tiada | Warna biru kehitam-hitaman pada makanan atau buah-buahan kerana sudah lama atau kerosakan ketika penyimpanan. |
copper naphtenate | kumprum naftenat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahan pepejal atau cecair likat berwarna hijau tua yang terhasil daripada tindak balas langsung antara garam kuprum terlarutkan dan asid naftenik. Bahan ini tidak larut dalam air tetapi larut dalam kebanyakkan pelarut organik dan mempunyai bau yang busuk. Larutan kuprum naftenat sudah lama digunakan sebagai pengawet kayu. |
poetic diction | diksi puitis | Kesusasteraan | Tiada | Kata atau frasa lama yang sudah tidak terpakai lagi kira-kira seabad. |
art epic | epik baharu | Kesusasteraan | Tiada | Epik yang bersifat lebih canggih, ideal dan lebih sedar ke arah pencapaian moral dan pengarang bebas mengambil bahan-bahan biasa dan lebih meyakinkan. Peristiwa-peristiwa yang dicerita sudah terlalu lama berlalu. |
old snow | salji lama | Sains | Hidrometeorologi | Salji termendap yang penukarannya kepada firm sudah begitu maju sehinggakan bentuk asal hablur aisnya tidak dapat dicam lagi. |
dead | mati; sudah guna | Kejuruteraan | Tiada | 1. Keadaan logam lebur yang pekat dan likat kerana tidak cukup terlebur atau berada terlalu lama di dalam centong.,2. Komputer atau alat lain yang tidak berfungsi.,3. Kawasan enapan yang telah mengenap sepenuhnya dan besar kemungkinannya tidak akan bergerak lagi.,4. Ruang tertutup yang mempunyai tempoh penggemaan yang jauh lebih kecil daripada biasa apabila dilihat daripada segi saiz dan keperluan-keperluan rakaman.,5. Bahan binaan yang telah merosot. |
splinter party | parti serpihan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti politik yang ditubuhkan hasil daripada perpecahan sebuah parti yang besar. Parti ini biasanya bersaiz kecil dan tidak mendapat sokongan yang besar serta sukar menyaingi parti yang sudah terkenal. Parti ini juga dibayangi dan dipimpin oleh seorang tokoh tertentu yang keluar daripada parti asal. Parti ini biasanya tidak dapat bertahan lama apabila pemimpinnya sudah tiada lagi atau ideologinya tidak dapat diterima masyarakat. Contohnya, Hamim yang dipimpin oleh Datuk Mohd. Asri dan Berjasa yang dipimpin oleh Datuk Muhammad Nasir merupakan parti serpihan yang terhasil daripada krisis dalam PAS pada tahun 1977. |