Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sapu tangan dari Sarawak,
     Dikirim orang balik ke Miri;
Jangan dikenang cinta awak,
     Sudah lepas ke luar negeri.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri.

Bermaksud :

Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri). uri = tembuni.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
katuk kainkatuk kainKesenianSeni BatikProses mengetuk-ngetuk dengan gandin sambil melipat kain batik yang sudah siap, dijemur dan dikanji khususnya batik sarung dan batik lepas, supaya kelihatan berkilat dan kemas.
mesin kainmesin kainKesenianSeni BatikAlat yang digerakkan oleh elektrik yang menyerupai mesin getah tradisional yang digunakan untuk melakukan kain yang sudah sempurna dibatik supaya menjadi lembut, berkilat dan kemas lipatannya sebelum dibungkus atau dijual, khususnya batik sarung dan batik lepas.

Kembali ke atas