estradiol | estradiol | Perubatan | Tiada | Nama kimia: estra-1,3,5 (10)-triena-3,17-diol; C18H24O2. Sejenis hormon steroid yang merupakan estrogen semula jadi daripada plasenta dan ovari yang paling poten, yang terdapat pada manusia. Fungsi utamanya ialah menyediakan rahim untuk implantasi ovum yang tersenyawa dan juga merangsangkan serta mengekalkan ciri-ciri seks sekunder perempuan. Bahan ini telah diasingkan daripada ovari babi hutan dan kencing kuda yang bunting, dan sudah pun berjaya disintesiskan di dalam makmal. |
soft water | air lembut | Kimia | Biokimia | Air yang tidak mengandungi larutan sebatian-sebatian logam seperti sebatian kalium, sebatian besi, atau sebatian magnesium, dan kerana itu sudah berbuih dengan sabun dan kadar daya cucian pun bertambah. |
variant | varian | Kesusasteraan | Tiada | 1. Bacaan-bacaan yang berbeza dalam beberapa naskhah . Contoh: Selamat sempurna ratu kedua, Tidaklah ada kira-kira dan hawa, Sebarang perintah anakanda jua, dua buah negeri menteri punggawa. Tamatlah sudah Ken Tambuhan, Barang yang mendengar belas kasihan, Pilu bercampur dengan rawan, Air mata pun jatuh berhamburan. [Syair Ken Tambuhan hlm. 225] |