agreeableness | kebersetujuan | Psikologi | Tiada | Sikap seseorang yang suka berkawan dan bersosial seperti mudah bertegur sapa, bekerjasama, saling mempercayai, mesra, mudah bersimpati, baik hati, tidak suka membantah, suka membantu, pemaaf serta kurang konflik dalam hubungan interpersonal serta asertif. |
five-factor model of personality | model personaliti lima faktor | Psikologi | Psikologi Umum | Model yang mencadangkan bahawa personaliti individu boleh dilihat melalui lima dimensi asas dan sejagat. Model yang diringkaskan daripada 16 faktor Cattell ini terdiri daripada darjah-darjah keekstroversian, kesetujuan, kehematan, keneurotismaan dan keterbukaan. Individu yang tinggi keekstroversiannya memperlihatkan sifat-sifat seperti peramah, aktif, mesra dan suka berkawan, tetapi sebaliknya individu yang rendah kesetujuannya akan menjadi seorang yang mudah mengkritik, syak wasangka, bengis dan jengkel. Individu yang berhemat pula akan bekerja keras, teliti, bersungguh-sungguh dan teratur serta menepati waktu. Individu yang tinggi tahap keterbukaannya akan menunjukkan sifat kreatif, ingin tahu, asli dan imaginatif. Individu yang tinggi keneurotismaannya akan lebih banyak resah, terlalu mengikut perasaan dan emosional. Dengan menggunakan model lima faktor, individu boleh diuji untuk mengenal pasti tahap personalitinya berdasarkan lima sifat tersebut. |