refractory wood | kayu refraktori | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu yang sukar diproses dengan kaedah biasa, iaitu sukar dikerjakan, sukar dikeringkan atau sukar ditembusi pengawet. Misalnya, kayu mersawa. |
bad copy | naskhah sukar-baca | Perpustakaan | Tiada | Naskhah bertulis yang sukar dibaca, atau sukar mendapatkan makna atau pengertian yang dimaksudkan. |
obfuscate (advertisement) | kabur (iklan) | Komunikasi | Korporat | Kesalahan umum dalam penulisan iklan kerana menggunakan perkataan yang tidak memberikan maksud khusus, sukar difahami atau sukar ditafsirkan. Kesalahan ini biasanya terjadi apabila penulis iklan tidak memikirkan keperluan khalayak dan jenis media yang digunakan. Contohnya, kesalahan penulisan iklan pada papan tanda yang menggunakan tajuk “Kedai Gunting Wanita”. Penulisan ini mengelirukan khalayak kerana sepatutnya ditulis “Kedai Gunting Rambut Wanita”. Kesilapan seperti ini boleh berlaku disebabkan gaya penulisan yang disengajakan untuk mengaburkan makna ayat dalam iklan bagi mendapatkan perhatian khalayak, atau penulis iklan tersebut kurang menguasai aspek kebahasaan. |
abstruse | sukar faham | Sejarah | Tiada | Keadaan yang sukar difahami dan diselami, biasanya pemikiran atau tindakan yang terselindung. |
lectio difficillior | sukar baca/lectio difficillior | Kesusasteraan | Tiada | Sesuatu ungkapan atau bacaan yang sukar dalam sesebuah teks disebabkan kekunoannya atau yang tidak begitu lazim kepada penyalin. |
acute respiratory distress syndrome (ARDS) | sindrom sukar bernafas akut (ARDS) | Perubatan | Tiada | Sindrom penyakit paru-paru yang berlaku secara tiba-tiba atau mendadak yang ditandai gejala sukar bernafas dan mengakibatkan kekurangan ketepuan oksigen dalam darah. Sindrom ini boleh berlaku kepada pesakit yang menghidap penyakit seperti radang paru-paru, pneumonitis aspirasi, kontusi paru-paru, pankreatitis, embolisme lemak, pintasan kardiopulmonari, kecederaan teruk, renjatan hipovolemia, renjatan septisemia, transfusi darah masif dan inhalasi asap toksik. |
temak batu | temak batu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Shorea siamensis daripada famili Dipterocarpaceae. Gubal kayu temak batu berwarna lebih muda dan agak sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 975 hingga 1090 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat keras dan sangat berat. Kayu ini sukar dikerjakan dan lambat mengering tetapi mudah dikemas siap. Kayu ini mempunyai ketahanan semula jadi yang tinggi dan sukar diawet. Kayu temak batu biasanya mempunyai batang yang kecil dan bengkok, dan sukar didapati dalam saiz yang besar. Kayu ini boleh digunakan untuk kerja binaan berat, jambatan, cerucuk, dan alas landasan kereta api. |
illegible (writing) | sukar dibaca (tulisan) | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
difficult question | soalan sukar | Pendidikan | Tiada | Tiada |
difficult intubation | intubasi sukar | Perubatan | Tiada | Kesukaran untuk memasukkan tiub endotrakea ke dalam trakea disebabkan kelainan pada salur udara seperti saiz mulut kecil, lidah besar, leher pendek, trauma pada bahagian muka dan mulut, edema larinks dan edema korda vokal. |