measure of concentration | sukatan ketumpuan; sukatan kepekatan | Matematik | Tiada | Tiada |
area | luas | Matematik | Tiada | Sukatan saiz permukaan atau sukatan saiz kawasan. |
cubic measure | sukatan padu | Matematik | Tiada | 1. Sukatan padu untuk isi padu. 2. Sukatan yang unitnya panjang kuasa tiga. |
measure of disprsion | sukatan serakan | Matematik | Tiada | Statistik seperti julat, julat antara kuartil, atau sisihan piawai yang digunakan untuk membayangkan perubahan antara data daripada sukatan kecenderungan memusat. Lihat juga sukatan kecenderungan memusat. |
daman mabi’e | jaminan barang jualan | Perniagaan Islam | Tiada | Jaminan kepada pembeli terhadap produk jualan yang meliputi harga atau sukatan, sama ada kadar sukatan tersebut kurang atau lebih. Contohnya, pembekal makanan sekolah berasrama akan memberi jaminan untuk menghantar masakan yang telah dipesan. |
kidung | kidung | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Jawa asli yang dikarang dalam bentuk sukatan baris yang dikenali sebagai tengahan. Prinsip dasar baris kidung sama seperti sukatan baris dalam puisi Jawa moden yang dinamai macapat. Ciri-ciri umum kidung ialah jumlah baris dalam satu bait tetap sama selagi sukatan barisnya tidak diganti. Semua bait tengahan mempunyai lebih daripada empat baris. Setiap baris mempunyai suku kata yang tetap, iaitu antara 8-10 suku kata tetapi panjang baris boleh berubah mengikut kedudukannya dalam bait. Biasanya, baris kidung disusun dua atau empat dengan rima hujung yang sama. Di Kraton, Jawa Timur, puisi kidung dinyanyikan dalam bahasa Jawa untuk mengelakkan bencana dan petaka. Amalan ini merupakan sebahagian daripada budaya Jawa Kuno. Kidung dinyanyikan dengan iringan alat ensembel seperti gambang dan saron. Tema kidung biasanya bersifat sejarah, menceritakan perihal masa silam yang berkait dengan wira bangsa peribumi. Kidung juga menggunakan cerita panji sebagai temanya. Contohnya, Wangbang Widaya ialah cerita Panji ya |
أوسق | awsuq | Agama Islam | Fiqh | Sukatan Baghdad lima awsuq ialah had kadar sukatan bijian yang diwajibkan zakat bersamaan 380 gantang Malaysia. |
haematocrit | hematokrit | Veterinar | Praklinikal | Sukatan untuk mengukur kadar eritrosit dalam darah. Hematokrit merupakan sukatan majmuk untuk bilangan dan saiz eritrosit. Nilai hematokrit lebih rendah daripada kadar normal dalam anemia. Nilai hematokrit diperoleh dengan mengemparkan darah menggunakan pengempar hematokrit dan seterusnya menilai peratusan isi padu hematokrit berbanding dengan isi padu darah. |
airways resistance | ketahanan laluan udara | Veterinar | Praklinikal | Sukatan ketahanan (cmH2O) terhadap aliran udara (L/saat) antara atmosfera dengan alveolus. Ketahanan laluan udara ini dipengaruhi oleh struktur anatomi mulut; nasofarinks; saluran udara pusat dan periferi. Sukatan ini digunakan untuk menilai kegerakbalasan saluran udara dan mengenal pasti jenis penyakit penghalang paru-paru. Sukatan ini juga digunakan untuk mengenal pasti tempat utama berlakunya pengehadan aliran udara dan menilai rintangan udara setempat. |
makilat | harta yang disukat | Perniagaan Islam | Tiada | Harta yang diurus niaga berdasarkan sukatan seperti kilogram, paun, kampit atau liter. Contoh makilat ialah padi, gandum, barli, minyak, petrol, simen dan gula. Makilat bergantung pada tempat urus niaga sama ada berdasarkan sukatan atau timbangan. Sekiranya diurus niaga berdasarkan sukatan, harta dikenali sebagai makilat manakala urus niaga berdasarkan timbangan dikenali sebagai mawzunat. |