decasyllabic | dasasuku | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan dalam setiap baris pada sesebuah puisi itu mengandungi sepuluh suku kata. Contohnya, pada baris pantun di bawah. Le/bah ter/be/bar ter/bang se/ka/wan, 12345678910 Hing/gap di/ce/lah ka/yu ber/du/ri; 12345678910 A/lang/kah ca/bar ru/pa/nya tu/an, 12345678910 Da/ga/ngan in/dah ti/dak ter/be/li. 12345678910 |
gagayan | gagayan | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon, iaitu lut yang dipetik. Badan alat muzik ini berbentuk segi empat tepat, berleher panjang dan berfret. Gagayan mempunyai dua tali yang dipetik dengan jari dan dimainkan oleh golongan lelaki suku kaum Lotud dari Tuaran secara solo atau berduet. Sekiranya dua gagayan dimainkan serentak, muziknya dikenali sebagai batangkung. |
tongkungon | tongkungon | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter yang berbentuk tiub. Tongkungon diperbuat daripada buluh jenis poring yang panjangnya hampir satu meter. Talinya dipotong daripada permukaan atau korteks buluh dan ditiunkan dengan kekuda yang terletak di bawah setiap tali tersebut. Alat muzik ini dipegang secara menegak dan talinya dipetik dengan jari. Tongkungon menghasilkan melodi untuk mengiringi tarian atau mengisi masa lapang selepas bekerja. Jumlah tali dan sistem tiunan alat muzik ini sama dengan gong dalam ensembel gong besar dalam kalangan masyarakat tersebut. Alat muzik yang terdapat di Sabah ini dimainkan oleh masyarakat Dusun dalam muzik rakyat. Tongkungon juga dikenali sebagai kulintangan oleh suku kaum Timugon Murut dari Tenom. Alat muzik ziter seperti takobung |