Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ku.len] | سوکولن

Definisi : (Bio) mempunyai batang dan daun tebal yg mengandungi banyak air: tumbuh-tumbuhan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sukulen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
succulentsukulenPertanianTiadaTiada
suculensukulenHerbaBotani dan BioteknologiTekstur daun yang lembut dan berlendir serta tebal. Contohnya, daun lidah buaya (Aloe vera) dan setawar (Bryophyllum pinnata).
succulentsukulenBotaniTiadaBerkenaan dengan pokok atau daun yang berupaya menyimpan air dalam sel parenkima batang atau daunnya. Contohnya, pokok kaktus. Sinonim lendair.
succulent planttumbuhan sukulenGeografiTiadaTiada
succulentlendairBotaniTiadaLihat sukulen.
BeremiHerpestis monnieraPertanianTiadaTumbuhan ini dalam famili Scrophulariaceae merupakan sejenis herba sukulen yang tumbuh menjalar atau merayap. Daunnya tidak bertangkai dan bentuk membulat di hujung atau obovat-spatulat. Bunganya kecil, berwarna ungu muda dan bertangkai panjang. Tumbuhan ini hidup liar di tempat lembap dan terdedah kepada cahaya matahari. Sebatian kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini antaranya bacosida, stigmasterol, stigmatanol, sitosterol, sapogenin, flavanoid, triterpenoid dan alkoloid. Tumbuhan ini bersifat diuretik, astringen, pahit dan menyejukkan badan. Ia boleh dibuat tonik untuk mengubati penyakit usus, urat saraf dan masalah kardiovaskular. Jus daunnya digunakan untuk melegakan bronkitis, reumatik dan cirit-birit pada kanak-kanak. Batang dan daunnya dibuat antidot untuk melegakan bisa patukan ular. Ia juga boleh meningkatkan daya ingatan.
pulppulpaMakanan dan PemakananTeknologi Makanan1. Bahagian mesokarpa buah yang lembut dan sukulen. 2. Bahan lembut yang tertinggal apabila sayur-sayuran atau buah-buahan diperah airnya dengan menggunakan tekanan.
Herpestis monnieraberemiHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Scrophulariaceae yang merupakan sejenis herba sukulen yang tumbuh menjalar atau merayap. Daunnya tidak bertangkai dan bentuknya membulat di hujung (obovat-spatulat). Bunganya kecil, berwarna ungu muda dan bertangkai panjang. Tumbuhan ini hidup liar di tempat lembap dan tempat yang terdedah kepada cahaya matahari. Sebatian kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini, antaranya bakosida, stigmasterol, stigmatanol, sitosterol, sapogenin, flavonoid, triterpenoid dan alkoloid. Tumbuhan ini bersifat diuretik, astringen, pahit dan menyejukkan badan. Beremi boleh dibuat tonik untuk mengubati penyakit usus, urat saraf dan masalah kardiovaskular. Jus daunnya digunakan untuk melegakan bronkitis, reumatik dan cirit-birit yang dialami oleh kanak-kanak. Batang dan daunnya dibuat antidot untuk melegakan bisa patukan ular. Beremi juga boleh meningkatkan daya ingatan.
crassulacean asid metabolism (CAM)metabolisme asid krasulaseanBotaniTiadaLaluan fotosistesis bagi kebanyakan tanaman jenis sukulen. Spesies CAM mengikat asid 4-karbon dengan PEP karboksilase sama seperti spesies C4 tetapi hanya berlaku pada waktu malam apabila stomata terbuka dengan menggunakan tenaga yang terhasil daripada glikolisis. Tanaga cahaya yang menyebabkan terhadinya kitar Calvin, mengambil karbon dioksida daripada asid 4-karbon seperti tindak balas pada sel selaput berkas pada spesies C4. Kloroplas pada spesies CAM lebih menyerupai spesies C3. Dalam persekitaran yang baik, kebanyakan spesies CAM menukar fungsi stomata dan karboksilase sama seperti spesies C3.
Plectranthus amboinensisBangun-bangunPertanianTiadaPokok jenis herba merayap daripada famili Labiatae. Batangnya lembut dan berair atau sukulen yang boleh juga tumbuh tegak setinggi 50 cm. Daunnya tebal, berbulu halus dan berbentuk ovat. Tepi daun bergerigi. Bunganya kecil berwarna ungu pucat. Kesemua bahagian herba ini sangat beraroma. Daunnya dibuat perasa masakan dan nasi ulam. Jus daunnya dibuat ubat untuk menyembuhkan batuk, asma dan bronkitis. Air seduhan daun diminum untuk mengeluarkan angin dalam perut dan dapat membantu mencerna makanan. Daun yang diramas dipupuk pada kulit yang melecur atau digigit serangga selain dibuat param untuk mengurangkan sakit kepala.
12

Kembali ke atas