glycosaminoglycan | glikosaminoglikan | Veterinar | Praklinikal | Molekul heteropolisakarida panjang yang mengandungi unit disakarida berulang. Terdapat enam kelas glikosaminoglikan; iaitu hialuronat; kondroitin sulfat; dermatan sulfat; keratan sulfat; heparan sulfat dan heparin. Glikosaminoglikan ialah molekul paling tinggi caj negatifnya dan bentuknya yang panjang menyebabkan larutan menjadi likat. Sifat ini dan kebolehmampatan glikosaminoglikan yang rendah menjadikan bahan ini sesuai sebagai larutan pelincir sendi. Glikosaminoglikan dikenali juga sebagai mukopolisakarida. |
sulphate turpentine | turpentin sulfat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Turpentin yang dihasilkan melalui penyulingan berpeingkat hasil kondensasi gas yang terbebas daripada pencerna dalam pempulpaan sulfat kayu pain. Turpentin sulfat ialah hasil sampingan proses pempulpaan secara sulfat. |
ferous ammonium sulphate | ferus ammonium sulfat | Kimia | Tiada | Sebatian garam, formula Fe(SO4). (NH4)2-SO4.6H2O, wujud dalam bentuk hablur berwarna hijau muda, larut di dalam air, tetapi tidak larut di dalam alkohol. Sebatian ini diperoleh daripada campuran larutan ferus sulfat dan ammonium sulfat diikuti dengan penyejatan. Ferus ammonium sulfat digunakan dalam analisis kimia dan metalurgi. Nama umumnya ialah garam Mohr. |
hokutolite | hokutolit | Kejuruteraan | Tiada | Campuran radioaktif yang terdiri daripada plumbum sulfat dan barium sulfat. |
proteose | proteosa | Perubatan | Tiada | Hasil hidrolisis protein yang dilakukan secara separa. Bahan ini larut dalam air, larutan garam, asid dan alkali yang larut, tetapi termendak oleh natrium sulfat atau ammonium sulfat. Berbeza daripada protein, sebatian ini tergumpal oleh haba. |
zinc sulphate poisoning | keracunan zink sulfat | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penggunaan zink sulfat, iaitu garam yang digunakan sebagai astringen, deodoran, antiseptik, dan pengawetan kayu dan kulit haiwan. Tanda utama keracunan ialah muntah dan pengsan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pedih dalam mulut dan kerongkong, muntah, cirit berair atau berdarah, tenesmus, menjeluak, hemolisis, hematuria, anuria, kerosakan hati dengan demam kuning, tekanan darah rendah, pengsan, dan konvulsi. Keracunan kronik akibat penggunaan pada kulit menyebabkan tindak balas eritematus, papular, dan granulomatus. Penemuan patologi termasuk gastroenteritis berdarah dan kerosakan buah pinggang dan hati. Dos topikal ialah 0.2 % - 1% larutan dan dos oral ialah 2 g dalam 200 mL air. |
anhydrous | kontang | Kimia | Tiada | Berkaitan dengan sebatian yang tidak mengandungi air habluran. Air habluran yang terdapat di dalam sebatian berion dapat disingkirkan untuk menghasilkan sebatian kontang. Misalnya, natrium sulfat dekahidrat membentuk natrium sulfat kontang apabila dipanaskan. Bdg. hidrus. |
dimethyl sulfate poisoning | keracunan dimetil sulfat | Kimia | Forensik | Keracunan akibat terdedah kepada dimetil sulfat, iaitu sebatian yang digunakan dalam sintesis organik. Dos parah ialah 1 g - 5 g dan had pendedahan ialah 0.1 ppm. Sebatian ini adalah kaustik terhadap membrane mukus mata, hidung, kerongkong dan paru-paru. Punca kematian biasanya adalah akibat edema pulmonari. Tanda utama keracunan akut akibat penyedutan, penyerapan kulit, atau pengingesan ialah kerengsaan yang teramat. Kesan serta-merta akibat pendedahan kepada wap ialah kerengsaan dan eritellla mata yang seterusnya menyebabkan lakrimasi, blefarospasma, dan kemosis. Ini diikuti dengan batuk, suara garau, dan edema lidah, bibir, larinks, dan paru-paru. Jika teringes atau terkena membran mukus secara langsung, ia boleh menyebabkan hakisan sama seperti hakisan asid slilfurik. Penemuan yang paling ketara selepas penyerapan ialah edema pulmonari dan kerosakan hati dan buah pinggang. Dalam penemuan makmal, penentuan hematokrit mllngkin menunjukkan hemokepekatan. Hipoglisemia juga berlaku. Air kencing mungkin mengand |
sulfate resistance | rintangan sulfat | Kejuruteraan | Petroleum | Kemampuan simen untuk bertahan atau tidak menjadi rosak jika terdapat ion sulfat memasuki simen tersebut. |
sulphate resisting cement | simen penahan sulfat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Simen portland yang mengandungi komponen bahan penentang sulfat yang tinggi berbanding dengan simen portland biasa. |