sulphur key pollutants | pencemar utama sulfur | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pencemar udara yang terkandung di dalamnya unsur sulfur. Misalnya, sulfur dioksida (SO2), sulfur trioksida (SO3), hidrogen sulfida (H2S), dan merkaptan (R-SH). Pencemar sulfur dioksida berpunca daripada gas serombong dan ketuhar penjana kuasa, manakala pencemar sulfur trioksida berpunca daripada industri pembuatan asid sulfurik. Pencemar hidrogen sulfida pula berpunca daripada pemprosesan gas asli, industri kertas dan pulpa, dan pembakaran bahan api yang mengandungi unsur sulfur. |
sweet crude oil | minyak mentah manis | Kejuruteraan | Petroleum | Minyak mentah yang tidak mengandungi atau sedikit sekali mengandungi sulfur atau sebatian sulfur. Sebatian sulfur yang biasanya diperhatikan ialah hidrogen sulfida. Kadang kala ia dikenali sebagai mentah manis. |
flowers of sulphur | serbuk sulfur | Kimia | Tiada | Serbuk halus, terdiri daripada hablur sulfur yang sangat kecil, yang diperoleh secara kondensasi wap sulfur semasa penyulingan sulfur mentah. |
Frasch process | proses Frasch | Geologi | Tiada | Proses untuk melombong sulfur jati dengan memasukkan air lampau panas ke dalam mendapan dengan paksa untuk tujuan meleburkan sulfur dan sulfur yang lebur kemudiannya dipam ke permukaan. |
sulfur cycle | kitar sulfur | Pertanian | Tiada | Tiada |
sour crude oil | minyak mentah masam | Kejuruteraan | Petroleum | Minyak mentah yang mengandungi sulfur atau sebatian sulfur dalam jumlah yang bererti, iaitu dalam jumlah yang boleh mempengaruhi sifat atau ciri-ciri minyak mentah berkenaan. Sebatian sulfur yang umum dijumpai dalam minyak mentah adalah hidrogen sulfida. Untuk mudah minyak mentah ini disebut mentah masam. |
desulphuration | pendesulfuran | Kimia | Tiada | Penyingkiran sulfur atau sebatian sulfur daripada sesuatu bahan. |
desulfunize | menyahsulfur | Kejuruteraan | Petroleum | Membuang sulfur atau sebatian-sebatian sulfur dari dalam minyak atau gas. |
sour oil | minyak mentah masam | Kejuruteraan | Tiada | Minyak mentah yang mengandungi sulfur dan/atau sebatian sulfur. |
sour crude | minyak mentah masam | Kejuruteraan | Tiada | Minyak mentah yang mengandungi sulfur dan/atau sebatian sulfur. |