Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.lit] | سوليت

Definisi : 1. dirahsiakan, tersembunyi, rahsia: segala perkara yg didapati drpd penyiasatan itu dianggap sbg perkara ~; 2. tidak terang­terangan, tersembunyi, gelap: pembunuhan itu terjadi dgn pertolongan secara ~ seorang menteri Jepun; 3. gelap (perkumpulan dll), haram; kumpulan ~ kumpulan penjahat (secara gelap); pasar ~ pasar haram (di sisi undang-undang); 4. jarang terdapat atau diketemui, susah dicari; perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang ditemui; 5. sukar, payah, susah: pertanyaan itu ~ utk dijawab; 6. sukar, gawat, rumit, ruwet: perkara ini menjadi bertambah ~ lagi kerana adanya dlm sastera Melayu kebiasaan menyalin atau menyadur; menyulitkan 1. menjadikan sulit (rumit), menyukarkan, menyusahkan: soal wang se­lalu ~; 2. menjadikan sulit (tersembunyi), merahsiakan; mempersulit menjadikan lebih sulit; kesulitan perihal sulit, kesukaran, kesu­sahan, kerumitan: saudara harus berani menghadapi segala ~; ~ wang kesukaran berwang, kesukaran mendapatkan wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lit] | سوليت

Definisi : 1 tidak diketahui atau tidak dpt diketahui oleh orang ramai; ter­sembunyi; rahsia: Ada antara mereka itu yg telah menubuhkan pasukan penentang Jepun secara ~. 2 jarang terdapat atau jarang bertemu; tidak selalu didapat; susah dicari atau susah dilalui: Jalan pergi ke gunung itu sangat ~. perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang di­temui dan maknanya tidak berapa diketahui umum. 3 susah hendak diselesaikan; sukar; payah: Dia sedang memikirkan cara hendak memecahkan perkara yg ~ itu. menyulitkan menyebabkan menjadi sulit; menyusahkan; menyukarkan. mempersulit menjadikan lebih sulit. kesulitan 1 keadaan sulit; kesukaran; kesusahan. 2 sesuatu yg sulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sulit (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, rumit,

2. Bersinonim dengan dirahsiakan: tersembunyi, tidak terang-terang, diam-diam, senyap-senyap, gelap, haram, tidak dibenarkan, bawah tanah,
Berantonim dengan terang-terang

3. Bersinonim dengan jarang ada: susah dicari, jarang diketemui, mahal,

Kata Terbitan : menyulitkan, kesulitan,

Peribahasa

Berkelahi dalam kepuk.

Bermaksud :

Sesuatu perkara yang sulit diselesaikan (susah dan sukar).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jig sawgergaji jigKejuruteraanTiadaAlat yang bilahnya sempit dan sesuai untuk memotong lengkung dan garisan yang sulit-sulit.
jig sawgergaji jigKesenianTiadaAlat yang bilahnya sempit dan sesuai untuk memotong lengkung dan garisan yang sulit-sulit.
classified materialbahan sulitPerpustakaanTiadaMemoranda, laporan dan dokumen-dokumen lain yang diperoleh daripada jabatan-jabatan kerajaan, industri, dan perbadanan-perbadanan lain, institusi penyelidikan dan sebagainya yang dilabelkan sulit dan rahsia. Sinonim: Maklumat sulit.
clandestinesulitSejarahTiada1. Sulit: Sesuatu yang bersifat rahsia dan dilakukan secara diam-diam.
private and confidentialsulit dan peribadiPentadbiran PerniagaanTiadaPerkara sulit dan peribadi mengenai seseorang yang disimpan di dalam bentuk dokumen di dalam fail.
confidential filefail sulitPentadbiran PerniagaanTiadaFail yang mengandungi perkara sulit yang dikendalikan oleh orang yang dikhaskan.
confidential stenographerjurutrengkas sulitPentadbiran PerniagaanTiadaJurutrengkas yang bertanggungjawab dalam hal-hal jabatan terutama hal-hal yang sulit.
conspiracypakatan sulitUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPersetujuan antara dua pihak atau lebih untuk melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang, sama ada dalam bentuk jenayah atau tort, ataupun untuk melakukan sesuatu perbuatan melalui cara-cara yang salah, sama ada ia dilakukan atau tidak. Pakatan sulit merupakan satu tort apabila pihak yang tercedera berhak mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan ganti rugi. Dalam undang-undang jenayah antarabangsa, pakatan sulit untuk melakukan sesuatu jenayah merupakan satu jenayah. Sinonim konspirasi.
confidentialsulitPendidikanTiadaTiada
confidentialsulitPentadbiranTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas