sumazau | sumazau | Muzik | Tiada | Tarian kaum Kadazandusun di Penampang dan dataran pantai Sabah yang ditarikan oleh pasangan penari lelaki dan wanita. Tarian ini dipersembahkan semasa perayaan atau upacara ritual. Terdapat dua pergerakan asas dalam tarian tersebut. Pertama, penari mengalihkan berat badan dari kaki kiri ke kaki kanan sambil mengayun tangan di sisi mengikut rentak lagu. Kedua, penari melompat-lompat sambil mendepakan kedua-dua belah tangan. Tarian sumazau diiringi ensembel gong sompogogungan. |
magarang | magarang | Muzik | Tiada | Tarian kaum Kadazandusun dari daerah pedalaman Tambunan, Sabah yang dipersembahkan semasa pesta menuai padi, majlis perkahwinan dan aktiviti sosial lain. Rentak bertingkah-tingkah dimainkan oleh pemain ensembel gong besar yang dikenali sebagai sompogogungan. Tarian ini mempunyai persamaan dalam gaya persembahan dengan tarian sumazau dari Penampang, Sabah. Lihat juga sumazau. |
sompogogungan | sompogogungan | Muzik | Tiada | Ensembel gong besar Sabah yang terdiri daripada alat muzik tawag, tagung dan pelbagai jenis sanang, koritikon serta karatung. Ensembel ini mengiringi tarian sumazau dan magarang dalam kalangan kaum Kadazan Dusun. Sinonim sopogandangan. |