dry hole contribution | sumbangan telaga kering | Kejuruteraan | Tiada | Sumbangan bagi membantu pengujian telaga kering. |
dry hole support | sumbangan telaga kering | Kejuruteraan | Tiada | Sumbangan bagi membantu pengujian telaga kering. |
genetic fitness | ketegapan genetik | Biologi | Genetik | Sumbangan genotip khusus dalam populasi ke generasi seterusnya berbanding dengan sumbangan genotip lain dalam populasi yang sama. |
Fermi’s golden rule | petua keemasan Fermi | Fizik | Moden | Persamaan yang memberikan sumbangan tertib pertama (petua nombor dua) dan sumbangan tertib kedua (petua nombor satu) kepada kebarangkalian peralihan per unit masa yang teraruh oleh Hamiltonan usikan, dari segi unsur-unsur matriks Hamiltonan usikan. |
Fermi�s golden rule | petua keemasan Fermi | Fizik | Mekanik Kuantum | Persamaan yang memberikan sumbangan tertib pertama (petua nombor dua) dan sumbangan tertib kedua (petua nombor satu) kepada kebarangkalian peralihan per unit masa yang teraruh oleh Hamiltonan usikan, dari segi unsur-unsur matriks Hamiltonan usikan. |
cut-off | penggalan | Fizik | Moden | Teknik yang digunakan apabila sumbangan terhadap nilai kuantiti fizik yang diberikan oleh kamiran ke atas perubah tertentu tidak munasabah, terutama apabila sumbangan tak terhingga. |
indemnity assurance | jaminan tanggung rugi | Ekonomi | Ekonomi Islam | Jaminan yang diberikan oleh setiap pihak dalam perkongsian untuk menanggung kerugian berdasarkan kadar sumbangan modal masing-masing. Contohnya, seorang rakan kongsi yang mempunyai 40% sumbangan modal memberi jaminan untuk menanggung 40% daripada jumlah kerugian perkongsian. |
donation | tabarru’ | Ekonomi | Ekonomi Islam | Tindakan memberi derma, sumbangan, hadiah atau membuat kebajikan secara sukarela dalam kalangan peserta takaful. HaI ini bermakna, peserta takaful bersetuju menyumbangkan sebahagian daripada carumannya untuk tujuan tabarru’. Bahagian caruman yang disumbangkan untuk tujuan ini akan ditentukan oleh aktuari berdasarkan kebarangkalian berlakunya musibah. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam akaun khas peserta yang diuruskan oleh syarikat pengendali takaful untuk membantu peserta yang ditimpa musibah. Baki akaun peserta khas yang belum digunakan akan dilaburkan untuk sementara waktu bagi mendatangkan keuntungan supaya nilai wang tabarru’ tersebut dapat ditingkatkan. |
Langevin-Debye formula | formula langevin-Debye | Fizik | Moden | Formula untuk keterkutuban bahan dielektrik atau keretanan para magnet bahan magnet yang kuantiti-kuantitinya merupakan hasil tambah sumbangan tak bersandar suhu dan sumbangan akibat oreintasi separa momen dwikutub elektrik atau momen dwikutub magnet yang verubah secara songsang dengan suhu. |
doughnut chart | carta donat | Teknologi Maklumat | Tiada | Carta berbentuk bulatan seperti carta pai tetapi ada ruang kosong di tengah seperti kuih donat atau keria. Carta ini digunakan untuk memvisualkan sumbangan komponen dalam bentuk peratusan dengan jumlah keseluruhan sumbangan semua komponen adalah 100%. Contohnya adalah seperti berikut: |