Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.nat] | سونت

Definisi : hukum menggalakkan sesuatu per­buatan (dlm Islam) yg menjanjikan ganjaran pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan: berpuasa pd setiap hari Isnin dan Khamis atau pd hari Isnin, Khamis dan Jumaat hukumnya ~; puasa ~ puasa yg tidak diwajibkan (mis puasa enam dlm bulan Syawal dll); sembahyang ~ sembahyang yg tidak diwajibkan (selain sembahyang lima waktu); disunatkan dianjurkan mengerjakan sesuatu (tidak diwajibkan): sebelum ihram, ~ mandi dan sembahyang ihram dua rakaat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.nat] | سونت

Definisi : = ~ rasul khatan; tukang ~ orang yg mengkhatankan, bengkong, mudin; bersunat = ~ rasul dikhatankan, masuk Jawi, bersuci: kata kawan-kawannya yg telah ~ di rumah sakit, doktor pakai ubat pelali dan tentunya tidak terasa apa-apa; menyunat memotong kulup, mengkhatan­kan; menyunati Jk = menyunatkan; menyunatkan, menyunatrasulkan meng­khatankan: aku menjalankan segala tugas orang tua sampai kpd ~nya; sunatan majlis (kenduri) berkhatan: pagi itu pagi ~ anak yg ketiga seorang kaya; anak ~ anak yg disunatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.nat] | سونت

Definisi : mendapat pahala jika dilakukan tetapi tidak berdosa jika ditinggalkan (bkn perbuatan dr segi agama Islam): puasa ~; sembahyang ~. disunatkan digalakkan melakukannya tetapi tidak diwajibkan: Ketika pergi ke masjid, kita ~ memakai bau-bauan yg harum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[su.nat] | سونت

Definisi : ; bersunat dipotong kulupnya; masuk jawi; berkhatan. menyunatkan memotong kulup; mengkhatankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sunat
Kata Terbitan : bersunat, menyunatkan, menyunatrasulkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
سنة الوضؤsunat wudukAgama IslamFiqhPerkara-perkara yang sunat dilakukan semasa mengambil air sembahyang.
صدقة التطوعsedekah sunatAgama IslamFiqhPemberian sedekah yang disunatkan.
ندبnadbAgama IslamFiqhSunat; sesuatu jika dilaksanakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa.
الحنقbelah mulut (kanak-kanak)Agama IslamFiqhSunat melakukan belah mulut bagi bayi yang baru lahir pada hari ketujuh semasa berakikah.
صوم أيام البيضpuasa ayyam al-baydAgama IslamFiqhPuasa sunat pada hari 13, 14 dan 15 dalam bulan Islam.
ahkam Islamhukum IslamPerniagaan IslamTiadaPerintah, suruhan atau larangan yang ditujukan kepada manusia. Hukum Islam ialah syariat Allah yang meliputi hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Sumber hukum Islam yang disepakati ialah al-Qur’an, al-Sunnah, ijmak dan qias.
ithbat hukmpenetapan hukumPerniagaan IslamTiadaPenentuan hukum terhadap perbuatan atau perbualan individu, yang berkaitan dengan urusan sesama manusia atau Allah s.w.t. Penetapan hukum adalah wajib, haram, harus, sunat atau makruh berdasarkan dalil syarak, sama ada disepakati atau sebaliknya.
waqf prayerwakifEkonomiEkonomi IslamIndividu yang mewakafkan hartanya dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pewakaf mendapat pahala selagi harta itu menghasilkan manfaat dan kebajikan kerana wakaf merupakan salah satu bentuk sedekah. Amalan wakaf hukumnya sunat tetapi menjadi wajib apabila pewakaf melakukannya berdasarkan nazar tertentu. Kebanyakan ulama meletakkan lima syarat untuk seseorang itu sah menjadi pewakaf, iaitu berakal, baligh, merdeka, berkelayakan menguruskan harta dan tanpa paksaan untuk mewakaf. Sinonim pewakaf.

Kembali ke atas