سنة الوضؤ | sunat wuduk | Agama Islam | Fiqh | Perkara-perkara yang sunat dilakukan semasa mengambil air sembahyang. |
صدقة التطوع | sedekah sunat | Agama Islam | Fiqh | Pemberian sedekah yang disunatkan. |
ندب | nadb | Agama Islam | Fiqh | Sunat; sesuatu jika dilaksanakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa. |
الحنق | belah mulut (kanak-kanak) | Agama Islam | Fiqh | Sunat melakukan belah mulut bagi bayi yang baru lahir pada hari ketujuh semasa berakikah. |
صوم أيام البيض | puasa ayyam al-bayd | Agama Islam | Fiqh | Puasa sunat pada hari 13, 14 dan 15 dalam bulan Islam. |
ahkam Islam | hukum Islam | Perniagaan Islam | Tiada | Perintah, suruhan atau larangan yang ditujukan kepada manusia. Hukum Islam ialah syariat Allah yang meliputi hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Sumber hukum Islam yang disepakati ialah al-Qur’an, al-Sunnah, ijmak dan qias. |
ithbat hukm | penetapan hukum | Perniagaan Islam | Tiada | Penentuan hukum terhadap perbuatan atau perbualan individu, yang berkaitan dengan urusan sesama manusia atau Allah s.w.t. Penetapan hukum adalah wajib, haram, harus, sunat atau makruh berdasarkan dalil syarak, sama ada disepakati atau sebaliknya. |
waqf prayer | wakif | Ekonomi | Ekonomi Islam | Individu yang mewakafkan hartanya dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pewakaf mendapat pahala selagi harta itu menghasilkan manfaat dan kebajikan kerana wakaf merupakan salah satu bentuk sedekah. Amalan wakaf hukumnya sunat tetapi menjadi wajib apabila pewakaf melakukannya berdasarkan nazar tertentu. Kebanyakan ulama meletakkan lima syarat untuk seseorang itu sah menjadi pewakaf, iaitu berakal, baligh, merdeka, berkelayakan menguruskan harta dan tanpa paksaan untuk mewakaf. Sinonim pewakaf. |