type face | jenis huruf | Komunikasi | Korporat | Bentuk rupa huruf yang digunakan dalam penulisan iklan, laporan tahunan, risalah, surat berita, kepala surat, siaran berita, poster, majalah dan sebagainya. Dalam bidang rekaan, bentuk rupa huruf ini terdiri daripada dua jenis, iaitu jenis lurus dan ringkas (san serif) dan jenis bercorak (serif). Contoh jenis huruf lurus ialah Arial. Contoh jenis huruf bercorak pula ialah Times New Roman, Helvetica, Courier dan Albertus. Jenis huruf ini berperanan dalam menentukan konsep, jenis kandungan bahan, makna mesej yang ditulis dan tafsiran rekaan yang dicipta. Selain itu, pemilihan jenis huruf juga bergantung pada daya tarikan huruf berkenaan terhadap keseluruhan persembahan rekaan atau tulisan. Dalam aplikasi rekaan loga sesebuah syarikat, pemilihan jenis huruf menggambarkan makna operasi syarikat tersebut. Sekiranya sesebuah syarikat itu terlibat dalam aktiviti perniagaan yang berasaskan pembuatan, biasanya jenis huruf lurus dan ringkas digunakan. Sebaliknya, jika sesebuah syarikat itu menjalankan perniagaan berasa |
insertion order | arahan siaran | Komunikasi | Tiada | Surat kuasa atau arahan daripada pengiklan untuk menerbitkan atau menyiarkan sesuatu iklan dalam bentuk, saiz dan harga yang telah ditetapkan. |
copy | salinan | Komunikasi | Tiada | 1. Naskhah atau surat yang telah disalin daripada bahan asal dan mempunyai persamaan dari segi isi dan bentuk hurufnya. 2. Teks, makalah, siaran akhbar, iklan, buku atau bahan penulisan lain yang digunakan untuk penerbitan biasanya sama seperti bentuk asal. |