kertas surih | kertas surih | Kesenian | Tiada | Kertas lut sinar untuk menerakan lakaran sebelum ditekap menggunakan karbon pada papan ukir. |
trace mineral | mineral surih | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil berbanding dengan mineral utama dalam diet. Terdapat sembilan mineral surih, iaitu iodin, zink, kuprum, manganes, kromium, kobalt, selenium, molibdenum dan florida. Mineral surih dikenali juga sebagai mikromineral. |
tracing | pengesanan; penyurihan; surihan | Kesenian | Tiada | Penyurihan: Proses melakar dengan meniru lukisan asal menggunakan pensel atau alat tajam dan kertas surih atau kotak surih. |
trace metal | logam surih | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Unsur tak organik yang terdapat dalam makanan pada kuantiti yang kurang daripada 50 mg/kg. Logam surih yang penting dari segi pemakanan termasuk kobalt, kuprum, ferum, iodin, mangan dan zink. Sementara logam surih seperti aluminium, boron, kromium, nikel, arsenik, kadmium, plumbum, merkuri, timah, selenium dan fluorida tidak mempunyai kepentingan dari segi pemakanan malah merosakkan tubuh dan otak. |
return trace | surih kembali | Kejuruteraan | Tiada | Surih kelam yang terbentuk pada layar tiub sinar katod oleh alur dalam tempoh terbang balik. Sin: terbang kembali garis kembali. |
detail paper | kertas surih | Kejuruteraan | Tiada | Kertas surih yang lut cahaya, biasanya tak berminyak. |
tracing vellum | velum surih | Kesenian | Tiada | Bahan surih yang dibuat daripada kulit binatang. |
sawtooth edge | roda surih gerigi | Kesenian | Tiada | Roda surih yang bermata gergaji. |
smooth edge tracing wheel | roda surih licin | Kesenian | Tiada | Roda surih tanpa gigi, digunakan pada fabrik yang sukar untuk ditanda, seperti fabrik tipis dan ringan. |
trace slip | gelinciran surih | Geologi | Tiada | Komposisi gelinciran bersih pada suatu sesar yang selari dengan surih satah indeks pada satah sesar. |