Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sup] | سوسوڤ

Definisi : ; ~-sasap menyorok (masuk) ke sana ke mari: pengganas yg ditembak itu lari ~­sasap dlm hutan senduduk; menyusup 1. menyorok ke bawah, merayap-rayap di bawah sesuatu: mereka bergilir-gilir membongkok ~ di antara dua dawai pagar berduri itu; diparang ke bawah melompat ke atas, diparang ke atas ~ ke bawah; 2. masuk ke dlm (semak samun, belukar, hutan, orang ramai, dll), merempuh ke dlm: ia cuba ~ di celah-celah orang ramai yg berpusu­-pusu di kaki lima; 3. meresap masuk (sampai ke dalam), menyerap: dingin malam ~ sampai ke tulang; 4. masuk dgn bersembunyi­-sembunyi atau diam-diam (dlm kalangan musuh dll), menyeludup masuk: ia ~ sampai ke dlm pertahanan musuh; menyusupi 1. masuk dgn cara menyusup: kerajaan boleh melakukan tindakan ~ pertubuhan sukarela di seberang laut; 2. meresap masuk ke, meresapi: di luar, angin malam bertiup berat, ~ celah-celah dinding; menyusupkan 1. memasukkan (menyo­rokkan) ke bawah atau di celah-celah sesuatu: ia ~ surat itu ke bawah tilam; 2. menyo­rokkan, menyeludupkan: salah seorang drpd mereka berhasil ~ surat kepadaku; 3. ki memasukkan sesuatu (ke dlm sesuatu) secara tidak ketara: maka agak sukar bagi orang itu ~ ajaran agamanya; kesusupan kemasukan sesuatu ke dlm (daging dll), kesisipan, kesisiran; penyusupan perbuatan menyusup atau me­nyusupkan, penyeludupan: percubaan mereka dgn melakukan ~ dan serangan-serangan dlm gerombolan-gerombolan kecil ternyata tidak memberi bekas sama sekali; ~ kebu­dayaan Barat dlm Islam; penyusup orang yg menyusup masuk (secara diam-diam), penyeludup: kedua-dua ~ itu tidak bersenjata apabila ditangkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sup] | سوسوڤ

Definisi : ; ~-sasap ke sana ke mari dgn cepat (utk menyorok dsb):Tikus itu lari ~-sasap dikejar kucing. menyusup 1 masuk atau menyorok ke dlm atau ke bawah sesuatu: Seekor anak tikus keluar dr lubangnya lalu berjalan ~ ke sana dan ~ ke sini. 2 masuk secara diam-diam atau secara sembunyi-sembunyi; masuk menyeludup: Penyuluh itu telah berjaya ~ ke kawasan musuh. menyusupi menyusup ke; masuk ke dlm secara diam-diam: Tanpa disedari pihak berkuasa, penjahat berjaya ~ kawasan larangan itu. menyusupkan 1 memasukkan sesuatu ke bawah atau ke celah sesuatu: Ketika hendak tidur, dia ~ jam tangannya ke bawah bantal. 2 membawa masuk sesuatu secara diam-diam atau secara sembunyi-sembunyi; menyeludupkan: Dlm kesibukan itu, mereka ~ kami ke tempat yg selamat. penyusupan perbuatan (hal dsb) me­nyusup atau menyusupkan. penyusup orang yg masuk secara diam-diam; penyeludup: Pasukan polis laut telah berjaya menangkap kedua-dua ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susup
Kata Terbitan : menyusup, menyusupkan, kesusupan, penyusupan, penyusup,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
susupsusupKesenianTiada2. Teknik menyambung helaian atau bilahan yang pendek dengan menyisip bilahan atau helaian tersebut pada celah mata anyam.
infiltratesusupPentadbiranTiadaTiada
infiltratesusupPerubatanTiada1. Menusuk atau menyusup masuk ke dalam tisu, sel atau organ.
infiltratesusupPerubatanTiada1. Menusuk atau menyusup masuk ke dalam tisu, sel atau organ.,2. Bahan yang terkumpul melalui proses penyusupan.
infiltratesusupSejarahTiadaTiada
soakawaysusup airLandskapTiadaStruktur yang dibuat khas untuk menyerap air lebihan dalam taman. Contohnya, perigi berisi dengan batu atau paip yang berlubang-Iubang.
yokerbalingan susupPendidikanTiadaTiada
sneak insusupKejuruteraanTiadaTiada
sneak outsusup keluarKejuruteraanTiadaTiada
bodkinpin susupPentadbiran PerniagaanTiadaAlat yang kecil dan ramping dengan hujung yang tajam untuk membuat lubang pada pakaian dan kulit dan untuk mencabut jelujur.
1234

Kembali ke atas