Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rasa tidak percaya, sangsi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : syak dan sangka, curiga, kecurigaan, kebimbangan hati, khuatir (bimĀ­bang, ragu-ragu), sangsi: tegur sapa orang dijawabnya dgn tulus dgn tiada menaruh syak ~ sedikit jua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rasa khuatir; kebimbangan hati: Ia menaruh syak ~ terhadap pekerja baru itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syak
Rujuk :curiga


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
naivenaifKesusasteraanTiadaSifat yang seadanya diberikan pada bentuk yang memperlihatkan sikap jujur, bersahaja, tidak menaruh syak wasangka dan lurus serta berterus terang.
tonenadaKesusasteraanTiadaPerasaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Pengarang akan memilih diksi dan mencipta serta kiasan untuk melahirkan nada yang berbeza seperti nada marah, harmonis, syak wasangka, ironis dan sebagainya. Nada merupakan konsep kritikan sastera yang penting kerana nada mempengaruhi pembacaan sesuatu karya. Nada menunjukkan bahawa kesusasteraan tertulis masih manyamai bentuk ujaran dan memerlukan kehadiran seorang narator dan seorang pendengar. Sintaksis yang dipilih oleh seorang narator biasanya mempengaruhi nada. Bagi penghayatan penuh terhadap sebuah karya sastera, pengkritik perlu mengenal pasti jenis nada yang terdapat dalam teks tersebut. Nada yang sukar untuk dikesan ialah nada ironis. Sekiranya nada ironis dalam sesuatu perenggan teks sastera disalahfahamkan, maka ironis yang dikemukakan pengarang tidak dapat dikesan.
ego integrityintegriti egoPsikologiPsikologi UmumKaedah untuk mengharmonikan personaliti individu supaya kesihatan atau kesejahteraan diperoleh secara holistik. Integriti ego dinyatakan dalam teori perkembangan personaliti Erikson, iaitu tahap integriti ego berlawanan dengan kekecewaan. Menurut beliau, jika tahap ini tidak dicapai, maka individu tersebut akan bersikap syak wasangka terhadap individu lain.
five-factor model of personalitymodel personaliti lima faktorPsikologiPsikologi UmumModel yang mencadangkan bahawa personaliti individu boleh dilihat melalui lima dimensi asas dan sejagat. Model yang diringkaskan daripada 16 faktor Cattell ini terdiri daripada darjah-darjah keekstroversian, kesetujuan, kehematan, keneurotismaan dan keterbukaan. Individu yang tinggi keekstroversiannya memperlihatkan sifat-sifat seperti peramah, aktif, mesra dan suka berkawan, tetapi sebaliknya individu yang rendah kesetujuannya akan menjadi seorang yang mudah mengkritik, syak wasangka, bengis dan jengkel. Individu yang berhemat pula akan bekerja keras, teliti, bersungguh-sungguh dan teratur serta menepati waktu. Individu yang tinggi tahap keterbukaannya akan menunjukkan sifat kreatif, ingin tahu, asli dan imaginatif. Individu yang tinggi keneurotismaannya akan lebih banyak resah, terlalu mengikut perasaan dan emosional. Dengan menggunakan model lima faktor, individu boleh diuji untuk mengenal pasti tahap personalitinya berdasarkan lima sifat tersebut.

Kembali ke atas