shampoo | syampu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cecair bersabun untuk membasuh rambut. |
colour shampoo | syampu warna | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
non-strip shampoo | syampu tak melunturkan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
unique selling proposition | saranan jualan unit | Komunikasi | Korporat | Kaedah pemujukan mesej yang unik dalam pengiklanan. Melalui kaedah ini, mesej barangan atau perkhidmatan yang diperagakan perlu memiliki ciri eksklusif dan boleh menggambarkan pulangan faedah yang menarik serta istimewa, yang tidak didapati sebelum ini. Faedah tersebut biasanya berbeza dengan barangan atau perkhidmatan lain kerana kepentingannya kepada khalayak sasaran. Dalam pengiklanan, seseorang pengarah kreatif perlu bertanggungjawab memilih pendekatan persembahan iklan yang mempunyai ciri tersebut bagi memastikan peringkat keberkesanan penyampaian mesej yang tinggi. Keunikan inilah yang menjadi tema mesej sesuatu iklan. Contohnya, syampu jenis A mempunyai ciri keistimewaan yang sama dengan syampu jenis B. Walau bagaimanapun, pengiklan akan menggunakan kaedah saranan jualan unik bagi menonjolkan keistimewaan syampu jenis A dari segi keharumannya yang kekal lebih lama berbanding syampu lain di pasaran. Oleh itu, keistimewaan keharuman yang terdapat pada syampu jenis A dianggap sebagai sesuatu yang eksklusi |
Entada rheedii | beluru | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis memanjat dalam famili Leguminosae. Tumbuhan ini dikenali juga sebagai akar beluru dan sintok. Beluru biasanya tumbuh liar di pinggir hutan, tebing sungai dan kawasan berhampiran laut. Daunnya jenis majmuk. Buahnya jenis kekacang leper, panjang dan besar. Air rebusan akarnya diminum untuk merawat kembung perut. Batang yang telah dilumatkan digunakan sebagai syampu rambut untuk membunuh kutu dan hama. Air rendaman atau rebusan batang disapukan pada kulit untuk merawat kulit yang gatal dan bersisik. Air rebusan batang diminum untuk merawat cirit-birit. Biji separuh masak yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk mencuci rambut, dan dibuat pupuk untuk merawat buasir dan sakit perut. Biji yang telah dibakar dimakan oleh ibu selepas bersalin untuk mencuci badan, mengubati sakit perut dan merangsang muntah. Air batangnya boleh diminum mentah, minyak bijinya digunakan sebagai minyak pelita, daun mudanya boleh dimakan, dan batangnya yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk menuba ikan. |
sample distribution | edaran sampel | Komunikasi | Korporat | Kaedah memperkenalkan dan mempromosikan barangan kepada pengguna sasaran dengan mengedarkan sampel barangan dengan pelbagai cara. Antara cara tersebut adalah melalui pos edaran dari rumah ke rumah, dikedai, atau melalui kupon pengiklanan. Kaedah tersebut merupakan kaedah promosi yang murah dan mudah dikendalikan. Contohnya, pengedaran barangan kosmetik kepada kakitangan pejabat, pengedaran ubat baru kepada doktor, pengedaran syampu kepada pakar kecantikan, atau pengedaran buku teks contoh kepada guru dan pensyarah. Dari segi pengurusan, edaran sampel dilakukan oleh agensi tertentu dalam industri pengiklanan. Kaedah ini merupakan strategi promosi yang paling efektif bagi barangan baru kerana menawarkan percubaan percuma kepada pengguna dengan harapan mempengaruhi mereka supaya menjadi pengguna kekal. Sinonim fungsi sampel. |
Aloe vera | lidah buaya | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis herba dalam famili Liliaceae. Tumbuhan ini boleh hidup di tanah yang panas, kering dan berbatu. Daunnya tebal dan mengandungi lendir. Jambak bunganya terbit dari bahagian tengah pokok dan tumbuh tegak ke atas. Lendirnya yang telah dikeringkan dibuat julap. Lendirnya yang mengandungi olein menggalakkan pembuangan najis dan digunakan untuk merawat sembelit, kecacingan dan kesihatan rahim. Daunnya digunakan secara luaran untuk mengawal jangkitan kulat, merawat radang dan menyembuhkan luka. Daunnya juga digunakan dalam pembuatan sabun, syampu, bahan kosmetik dan sebagai bahan campuran dalam minuman. |