تابع التابعى | tābi’ tābi’īn | Agama Islam | Hadith | Orang Islam yang bertemu tābi’iy dan mati dalam Islam. |
الثمانيات | thumāniyyāt | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth yang sanadnya di antara pengumpul Ḥadīth itu dengan Rasul terdapat lapan orang perawi dari lapan lapisan iaitu sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in dan lima tabi’ berikutnya. |
التساعيات | tusā’iyyāt | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth yang sanadnya di antara pengumpul Ḥadīth itu dengan Rasul terdapat sembilan orang perawi dari sembilan lapisan iaitu sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in dan enam tabi’ berikutnya. |
السلف | ulama salaf | Agama Islam | Hadith | Gelaran yang diberi kepada generasi sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in. |
الثلاثيات | thulāthiyyāt | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth yang sanadnya di antara pengumpul Ḥadīth itu denga Rasul terdapat tiga orang perawi dari tiga lapisan iaitu sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in. |
tahammul al-tabi‘at | pertanggungjawaban | Perniagaan Islam | Tiada | Kewujudan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seiring dengan sesuatu akad. Contohnya, dalam akad jual beli, penjual berkewajipan untuk menyerahkan produk manakala pembeli membayarnya. Tahammul al-tabi‘at dalam akad sewaan kenderaan pula dilaksanakan apabila penyewa bertanggungjawab untuk membayar sewa manakala pemilik bertanggungjawab menyediakan kenderaan. |
tabby | tabi | Kesenian | Tiada | Tiada |
تبيع | tabi‘ | Agama Islam | Fiqh | Anak lembu jantan yang berumur genap setahun. |
التابع | tābi’ Ḥadīth | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth yang diriwayat oleh perawi dengan lafaz dan makna yang sama atau sama pada makna sahaja dengan Ḥadīth riwayat tunggal menerusi sahabat yang sama. |
التابعى | tābi’iy | Agama Islam | Hadith | 1. Orang Islam yang bertemu dengan sahabat dan mati dalam Islam. 2. lihat: المخضرم |