Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bir] | تابير

Definisi : 1. kain dll yg digantung utk menyekat (melindungi dll) sesuatu, tirai: bilik tempat Mahat itu sama dgn bilik-bilik lain, tetapi di tengah-tengahnya digantung ~ merah mu­da; 2. ki sesuatu yg menutupi (melin­dungi): saya tahu apa yg ada di sebalik ~ perju­angannya; ~ asap asap utk melindungi kapal perang (gerakan pasukan dll); ~ besi sempadan yg memisahkan negara-negara blok Soviet drpd negara-negara Eropah yg lain; ~-mabir ber­bagai-bagai jenis tabir;bertabir 1. memakai tabir: bahagian amben ~, dan di atas tabir itu tersidai pula kain-kain pelekat dan tuala; 2. ki bertutup dgn, berselindung, berdindingkan; bertabirkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg tabir, bertiraikan: kami duduk di sebelah ruang yg ~ bidai buluh; menabiri 1. menjadi tabir pd: kain yg tebal ~ ruang solat wanita; 2. melindungi (dgn), menutupi (dgn): dia pun ~ dirinya dgn surat khabar; awan larat ~ langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bir] | تابير

Definisi : 1 kain dll yg digantungkan utk melindungi atau utk menyekat sesuatu; tirai: Di tengah bilik itu, tergantung sehelai ~. 2 ki sesuatu yg melindungi atau menutupi: ~ besi rintangan yg dianggap sbg penghalang pertukaran fikiran atau sbg penghalang penyebaran berita secara bebas antara negara yg di bawah kuasa komunis dgn negara lain di dunia. menabiri memasang tabir pd; memberi bertabir: Tempat itu ditabiri kain yg tebal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabir (kata nama)
Bersinonim dengan tirai, langsir, penutup jendela, skrin, adang, bidai, paldu, perdah, tebeng, tedeng, sekeram, sekesel, kerai, belat, gorden, korden, layar, layar sebeng, pendinding, langsai, kelir;,
Kata Terbitan : bertabir, menabiri,

Puisi
 

Tabir-tabir kayu dilintang,
     Katak makan si daun ubi;
Perlahan-lahan apa dirunding,
     Syukur mendapat orang berbudi.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
air curtaintabir udaraPerikananTiadaTabir yang digunakan untuk mengawal atau mengehadkan pergerakan ikan dengan mengeluarkan barisan gelembung udara. Barisan gelembung udara akan terbentuk sebagai dinding dan digunakan untuk menghalang ikan keluar dari kawasan tangkapan. Tabir udara boleh dihasilkan dengan melepaskan udara melalui tiub yang mempunyai lubang di sepanjangnya. Tabir udara sering digunakan bersama-sama peralatan menangkap ikan.
fluorescence screentabir pendarfluorKimiaTiadaTabir yang disalur pada sebelah muka dengan bahan pendarfluor, misalnya kalsium sulfida yang mengeluarkan cahaya apabila terkena sinar X atau sinar katod.
heat screentabir bahangKesenianTiadaTabir untuk melindungi sesuatu benda daripada bahang api.
fire screentabir apiKesenianTiadaTabir yang berupaya mengadang api daripada merebak.
dust screentabir habukKesenianTiadaTabir untuk menghalang habuk daripada memasuki sesuatu ruang atau bahagian.
screen casingpaip tabirKejuruteraanPetroleumLihat pelapik tabir.
screen linerpelapik tabirKejuruteraanPetroleumSinonim : paip tabir Pelapik atau paip yang ditebuk kemudian dipasang dengan peranti saringan atau dibalut dengan dawai supaya bertindak sebagai tapisan untuk mencegah atau mengurangi kemasukan zarah-zarah pasir ke dalam lubang telaga.
magnetic screentabir magnetTeknikElektrikAlat yang biasanya dibuat daripada besi lembut untuk melindungi peralatan yang dibuat daripada bahan magnet daripada diganggu oleh medan magnet sesat di luar peralatan tersebut. Fluks magnet dari luar akan memasuki tabir magnet dan tidak ke peralatan yang berada di tengah-tengah tabir magnet. Misalnya, rangka logam komputer peribadi.
kelirkelirKesusasteraanTiadaTabir atau tirai dalam persembahan wayang kulit. Di atas tabir, di tayangkan patung untuk menghasilkan bayangannya. Kelir ialah ruang lakonan yang dapat disamakan dengan pentas dalam persembahan drama, tempat patung keluar masuk dari tepi, atas, dan bawah. Kelir juga membawa makna simbolik. Dalam wayang kulit Siam, dalang menganggap kelir sebagai dinding alam, tempat patung menjelma sebagai watak hidup.
chroma key droptabir pemayangKomunikasiTiadaSet latar belakang yang diperbuat daripada kain atau kayu dan selalunya berwarna biru untuk menghasilkan kesan pemayang. Bagi menghasilkan kesan ini, visual-visual lain yang yang berada di hadapan atau ditindan di atas tabir ini tidak boleh berwarna biru. Lihat juga: pemayang.
12345678910...

Kembali ke atas