Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bung] | تابوڠ

Definisi : 1. bekas drpd ruas buluh dll (utk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yg berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (drpd buluh dll), celengan; 5. sesuatu yg berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yg dikumpulkan (dgn mengutip derma dll) utk maksud tertentu, dana: T~ Pertahanan Negara; ~ damak tabung (drpd buluh) tempat me­nyimpan damak; ~ darah badan yg me­ngumpul dan menyimpan darah (di hospital dll); ~ didih sj tabung kaca yg berdinding tebal (digunakan dlm makmal utk men­didihkan bahan cecair); ~ empar sj tabung kaca berdinding tebal, kecil, dan digunakan sebagai bekas utk bahan campuran dlm alat pengempar; T~ Haji Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji; ~ kimia Id = ~ uji tabung (bekas berbentuk silinder) drpd kaca utk mengadakan percubaan atau ujian makmal; ~ madat sj paip utk menghisap madat; ~ pekak tabung wang yg biasanya dibuat drpd buluh; ~ pemilihan a) bekas tempat memasukkan lidi yg digunakan sbg ganti surat undi; b) kotak utk memasukkan surat undi; ~ seruas ki tidak dapat menyimpan rahsia; ~ surat peti surat; ~ tablet tabung pil; tinggal di ~ dituntungkan, tinggal di aweh dikiraikan prb telah diberikan atau diserahkan semuanya (pengajaran); menabung menyimpan wang (di bank, dlm tabung, dll): aku mulai ~ dan ~ terus dan ketika wangku terkumpul delapan rupiah, kubeli sepeda keluaran negeri Belanda; menabungkan memasukkan wang dll ke dlm tabung, menyimpan dlm tabung (bank dll): mereka ~ wang syiling atau ringgit lama dlm tin-tin susu yg ditebuk; tabungan 1. tempat menabungkan wang, celengan (drpd buluh dll); 2. = wang ~ wang yg disimpan, simpanan (wang); ~ masjid wang yg dikumpulkan utk keperluan masjid; ~ pos (akaun) simpanan wang di pejabat pos; penabungan perihal menabung wang, pe­nyimpanan wang; penabung orang yg menabung (wang), penyimpan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bung] | تابوڠ

Definisi : ~ beruk sj tumbuhan (pokok renek), periuk kera, Nepenthes spp.; bunga ~ jarum sj tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum, nyarum-nyarum, Ixora pendula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bung] | تابوڠ

Definisi : 1 bekas yg dibuat drpd ruas buluh sbg tempat menyimpan sesuatu: ~ nira. 2 tempat menyimpan wang yg dibuat drpd buluh dll. 3 sesuatu yg berbentuk bulat torak; silinder: ~ gas. 4 wang derma yg dikumpulkan utk sesuatu maksud: ~ pertahanan negara. ~ damak bekas tempat me­nyimpan damak. ~ darah badan yg mengumpulkan dan menyimpan darah (di hospital dll). ~ uji tabung kaca yg digunakan dlm makmal utk membuat percubaan kimia dll. menabung menyimpan wang dlm tabung dll: Kami ~ setiap bulan utk bekalan hari tua. menabungkan memasukkan wang dll ke dlm tabung; menyimpan dlm tabung: Mereka ~ wang yg di­kumpulkan itu. tabungan tempat me­na­bungkan wang. penabungan per­­buatan menabungkan (wang dll); pe­nyimpanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabung (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: celengan, bumbung tukil, tarkes, kupi, bacuk, pacuk, botol, balang, geleta, takar, kendi, buyung, gurih, sulang, silinder,

2. Bersinonim dengan dana: pura, rizab, simpanan, kumpulan wang,

Kata Terbitan : menabung, menabungkan, tabungan, penabungan,

Peribahasa

Seorang budi-budian,
     seorang tabung seruas.

Bermaksud :

Dua orang yang berlainan sifatnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
air-balanced beam-pumping unitunit pengepaman rasuk terimbang udaraKejuruteraanPetroleumSejenis peralatan pengepaman rod penyedut yang berat rentetan rod yang digunakan dan air ditimbal balas dengan menggunakan tekanan udara yang terdapat di dalam tabung. Tabung tersebut dilekatkan atau dihubungkan ke rasuk pengepaman.
copkopSosiologiTiada1. Buku benang atau yarn yang berbentuk silinder atau kon yang dililit pada suatu tabung.,2. Tabung yang menggulung atau melilit benang atau yarn.
thermionic tubetabung termionFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanTabung elektron yang arus tabungnya bergantung kepada elektron yang arus tabungnya katod yang dipanaskan. tabung katod panas.
shock tubetabung kejutanFizikMekanikTabung panjang yang terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian kebuk mampatan dan bahagian kebuk pengembangan, oleh sekeping gegendang. Apabila tekanan tinggi diwujudkan dalam bahagian kebuk pengembangan, oleh sekeping gegendang. Apabila tekanan tinggi diwujudkan dalam bahagian kebuk mampatan, gegendang tersebut akan pecah dan gelombang kejutan yang terhasil dalam bahagian kebuk
vortex tubetabung vorteksFizikMekanikSuatu permukaan bak tabung yang terdiri daripada kumpulan garis vorteks melalui suatu lengkung tertutup yang kecil. tiub vorteks. lih. vorteks
radio tubetabung radioFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetanlih. tabung elektron
thermionic tubetabung katod panasFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetanlih. tabung termion
Saybolt chromometerkromometer SayboltKejuruteraanPetroleumAlat yang terdiri daripada dua tabung gelas yang digunakan untuk mengkelaskan warna sesuatu minyak. penentuan dilakukan dengan cara mengisikan minyak ke dalam salah satu tabung dengan ketinggian tertentu. Aras minyak diatur sehingga minyak tersebut memperlihatkan warna yang sama dengan cakera berwarna yang terletak pada bahagian bawah tabung yang satu lagi.
carbon dioxide absorber canistertabung penyerap karbon dioksidaPerubatanTiadaBekas yang biasanya berbentuk silinder dan digunakan untuk menempatkan bahan penyerap karbon dioksida.Tabung ini diatur secara bersiri atau selari.
International Fund for Agricultural Development (IFAD)Tabung Antarabangsa untuk Pembangunan PertanianSains PolitikHubungan AntarabangsaInternational Fund for Agricultural Development (IFAD); Br. Tabung Pembangunan Pertanian Antarabangsa; Id. Dana Internasional untuk Pembangunan Pertanian) I nstitusi di bawah PBB yang ditubuhkan pada tahun 1977 sebagai sebuah institusi kewangan antarabangsa hasil Persidangan Makanan Sedunia yang diadakan pada tahun 1974. Ibu pejabatnya terletak di Rom, Itali. Objektif institusi ini adalah untuk membasmi kemiskinan luar bandar di negara sedang membangun. Dianggarkan lima peratus daripada penduduk dunia yang paling miskin atau 900 juta orang tinggal di kawasan luar bandar bergantung hidup kepada pertanian dan aktiviti berkaitan pertanian. Oleh itu, institusi ini menumpukan kepada penyelesaian yang khusus untuk negara tertentu yang melibatkan penyediaan akses perkhidmatan kewangan kepada penduduk miskin luar bandar, pasaran, teknologi, tanah dan sumber lain. Sehingga kini, terdapat 200 program berjumlah US$6.5 bilion yang sedang dijalankan dengan sokongan institusi ini dalam pembasmian kemiskinan luar bandar di
12345678910...

Kembali ke atas