Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.lam] | تالم

Definisi : sj dulang yg tidak berkaki (tempat me­nyaji­kan makanan, minuman, dll): dia keluar membawa sebuah ~ yg berisi secawan kopi; kuih ~ = tepung ~ sj kuih yg lapisan bawahnya dibuat drpd campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka, manakala lapisan atasnya (kepalanya) drpd santan kelapa; spt ~ dua muka prb perihal orang yg berbuat baik kpd dua orang yg berseteru (utk keun­tung­an diri sendiri); spt air dlm ~ prb dlm keadaan sentosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.lam] | تالم

Definisi : dulang tidak berkaki tempat me­nyajikan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
talam (kata nama)
Bersinonim dengan dulang, ceper, sumberip, pahar, penampan, tetampan, panai, limbang, nyiru, neka, ancak, baki, cerana, kerika.,

Puisi
 

Talamlah ini talam tembaga,
     Putus tali sampainya hilang;
Malamlah ini malam celaka,
     Putusnya janji sampainya hilang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Seperti air dalam talam.

Bermaksud :

Negeri yang aman sentosa.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga tepung talambunga tepung talamKesenianTiadaMotif tenunan berunsur makanan berbentuk kuih tepung talam.
talam (In)talamKesenianTiada1. Kesi. 2. Simbal kecil.
sheet pantalam bakar pipihPentadbiran PerniagaanTiadaTalam yang lebih nipis daripada talam bakar.
roasting pantalam bakar jelukPentadbiran PerniagaanTiadaTalam segi empat bujur yang lebih dalam daripada talam bakar untuk memanggang daging, ikan dan ayam dengan minyak yang bertakung.
bake pantalam bakarPentadbiran PerniagaanTiadaTalam segi empat bujur berbagai saiz yang dalamnya dua inci untuk membakar makanan di dalam ketuhar.
hotel pantalam serba gunaPentadbiran PerniagaanTiadaTalam segi empat bujur untuk berbagai-bagai kegunaan seperti membakar, mengukus dan menghidang.
service pantalam serba gunaPentadbiran PerniagaanTiadaTalam segi empat bujur untuk berbagai kegunaan seperti membakar, mengukus dan menghidang.
gastronorm pantalam serba gunaPentadbiran PerniagaanTiadaTalam segi empat bujur untuk berbagai kegunaan seperti membakar, mengukus dan menghidang.
counter pantalam serba gunaPentadbiran PerniagaanTiadaTalam segi empat bujur untuk berbagai kegunaan seperti membakar, mengukus dan menghidang.
steam table pantalam serba gunaPentadbiran PerniagaanTiadaTalam segi empat bujur untuk berbagai kegunaan seperti membakar, mengukus dan menghidang.
12345

Kembali ke atas