Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tali (kata nama)
Bersinonim dengan serat, benang, dawai, wayar, kabel, rafia, rantai, rotan, reben, kenur, ketaya, keluan, untai, tambang, temeralang;,
Kata Terbitan : bertali, bertalian, bertali-tali, mempertalikan, pertalian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hemphem; pisang taliGeografiTiadaSejenis pokok herba tahunan dari asia yang tinggi yang menghasilkan gentian kuat untuk di buat tali dsb. nya.
tongkungontongkungonMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter yang berbentuk tiub. Tongkungon diperbuat daripada buluh jenis poring yang panjangnya hampir satu meter. Talinya dipotong daripada permukaan atau korteks buluh dan ditiunkan dengan kekuda yang terletak di bawah setiap tali tersebut. Alat muzik ini dipegang secara menegak dan tali­nya dipetik dengan jari. Tongkungon menghasilkan melodi untuk mengiringi tarian atau mengisi masa lapang selepas bekerja. Jumlah tali dan sistem tiunan alat muzik ini sama dengan gong dalam ensembel gong besar dalam kalangan masyarakat tersebut. Alat muzik yang terdapat di Sabah ini dimainkan oleh masyarakat Dusun dalam muzik rakyat. Tongkungon juga dikenali sebagai kulintangan oleh suku kaum Timugon Murut dari Tenom. Alat muzik ziter seperti takobung

gagayangagayanMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon, iaitu lut yang dipetik. Badan alat muzik ini berbentuk segi empat tepat, berleher panjang dan berfret. Gagayan mempunyai dua tali yang dipetik dengan jari dan dimainkan oleh golongan lelaki suku kaum Lotud dari Tuaran secara solo atau berduet. Sekiranya dua gagayan dimainkan serentak, muziknya dikenali sebagai batangkung.

saw-usaw-uMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Thailand yang diklasifikasikan sebagai kordofon yang digesek. Saw-u mempunyai badan berbentuk hati yang diperbuat daripada tempurang kelapa. Alat muzik ini mempunyai sebatang leher yang panjang melalui badannya. Penggesek dimasukkan antara dua tali. Picnya lebih rendah daripada alat muzik saw-duang.


Kembali ke atas