tali-tali(Baj., Sam.) | tali-tali(Baj., Sam.) | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur benda berbentuk huruf S dipadankan dalam bentuk tali. |
bunga tali-tali(Ir.) | bunga tali-tali(Ir.) | Kesenian | Tiada | Motif tenunan berunsur geometri berbentuk memanjang seperti tali. |
buntline | tali kelat | Sukan | Tiada | Tali-tali yang digunakan untuk menggulung layar ke jorannya. |
lacing | penyusunikatan; tali pintal brid | Kesenian | Tiada | 7. Tali Tali pintal brid: Talipintal kapas, rayon atau sutera yang digunakan untuk mengancing pakaian atau kasut. |
bowline bridle | tali kekang tindih kasih | Pelayaran | Tiada | Tali-tali kecil pada bahagian tepi layar yang mengikatkannya kepada tali layar utama. |
macrame | makram | Kesenian | Tiada | Kraftangan yang menggunakan teknik pilin, ikatan atau simpulan tali, tali pintal atau yarn untuk membentuk corak. Digunakan untuk membuat hiasan seperti hiasan leher, tali pinggang dan rompi berasal dari Turki yang dikenali sebagai magramah. |
becket | beket | Pelayaran | Tiada | Alat seperti sangkang, cangkuk atau sirat tali, yang digunakan untuk menetapkan kedudukan dayung, takal, joran atau tali-tali longgar pada tempatnya. |
flexible link | paut boleh lentur | Mekanik | Gunaan | Paut yang mengalami perubahbentukan yang agak besar semasa memindahkan gerakan tetapi ubah bentukan itu tidak mempunyai sebarang kesan terhadap penghantaran gerakan. Contoh paut boleh lentur ialah tali, tali sawat, rantai, pegas dan pita. |
wagon | wagon | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter. Badannya berbentuk papan yang sederhana panjang dan mempunyai enam utas tali. Tali dipasang pada badan alat ini dan dipetik dengan jari. Tali tersebut ditiunkan dengan menggunakan kekuda yang terletak di bawah setiap tali dan kekuda tersebut boleh dialih-alihkan. Wagon memainkan corak arpeggio untuk menghasilkan himpunan ton dalam muzik gagaku yang dimainkan dalam orkestra gagaku di Jepun. |
tali wau | tali wau | Kesenian | Tiada | Tali daripada benang, tali tangsi, nilon atau sebagainya, digunakan untuk menaikkan wau. |