sampling | pensampelan | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses penukaran isyarat dunia-nyata (data analog) kepada kod digital dalam sela masa tertentu. Contohnya diproses pensampelan isyarat suara dijalankan pada kadar 44.1kHz (kilo sampel per saat). Dalam muzik, tindakan mengambil sebahagian daripada bunyi rakaman dan menggunakannya semula sebagai instrumen atau elemen dalam rakaman yang baru. Tindakan ini dijalankan dengan menggunakan alat rakaman atau perisian komputer pada komputer digital. Misalnya kaedah ini digunakan oleh kumpulan KRU dalam rakaman semula lagu Getaran Jiwa ciptaan Tan Sri P. Ramlee. Menerusi kaedah ini, KRU seakan-akan berduet dengan Tan Sri P. Ramlee dalam lagu Getaran Jiwa yang diberi nafas baru oleh KRU. Lihat sampel. |
glyricidia | glirisidia | Veterinar | Tiada | Pokok kekacang bersaiz sederhana dan mudah hidup. Pokok ini ditanam di kawasan ladang sebagai tanaman pelindung bagi tanaman teh, kopi dan koko. Pokok tahunan berakar panjang ini dapat menghasilkan bahan kering sebanyak 5-10 tan/hektar dan 17-19% kandungan protein kasar. Kekacang ini boleh juga ditanam sebagai pagar dan dipotong untuk makanan ternakan. Walaupun mengeluarkan biji benih, ia boleh dibiak dengan menggunakan keratan batang. Pokok ini tahan diragut dan dilentur tanpa banyak kerosakan. Pada musim kemarau dan semasa berbunga, daunnya akan gugur dan selepas itu pokoknya terus hidup semula. Nama saintifik: Glyricidia sepium. |
setaria grass | rumput setaria | Veterinar | Tiada | Rumput yang mempunyai dua varieti popular iaitu splendida dan kazungula. Rumput ini mengeluarkan anak yang banyak dan membiak dengan menggunakan umbisi. Daunnya panjang, tirus, berwarna hijau dan pokoknya boleh tumbuh setinggi 2.0 meter. Rumput ini sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah dan memerlukan air yang banyak. Rumput ini juga mengandungi oksalat dan kandungannya akan bertambah dengan penambahan baja nitrogen. Oksalat tidak menjadi masalah kepada ternakan ruminan yang telah biasa dengan rumput ini tetapi boleh menyebabkan penyakit tulang bagi kuda. Rumput ini boleh ditanam menggunakan bahan tampang dan sesuai untuk ragutan atau bagi sistem potong-angkut. Hasil bahan kering yang diperoleh apabila dipotong setiap 6 minggu ialah 16-18 tan/hektar setahun dengan nilai protein kasarnya sebanyak 10-12%. Nama saintifik: Setaria sphacelata. |