calcium | kalsium | Perubatan | Tiada | Unsur alkali tanah dalam kumpulan II, logam divalen, elektrolit dalam bendalir tubuh, merupakan suatu komponen dalam struktur tulang dan gigi. |
calcium | kalsium | Perubatan | Tiada | Unsur alkali tanah dalam kumpulan II, logam divalen, elektrolit dalam bendalir tubuh, merupakan suatu komponen dalam struktur tulang dan gigi. |
displaced person | orang tersingkir | Sejarah | Tiada | Orang-orang yang tersingkir, dari tanah tumpah darahnya sebelum dan sewaktu Perang Dunia II, termasuklah yang dipaksa keluar dari negara asal mereka khususnya orang Yahudi Jerman yang dihalau keluar dari Jerman sewaktu pemerintahan Hitler. |
terminus post quem | terminus post quem | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Pengamatan terhadap kedudukan artifak dan stratigrafi tanah. Pengamatan ini berhubung dengan penentuan kedudukan dan lapisan budaya artifak. Siranya artifak berada di bawah lapisan lantai tanah, ia tidak mungkin berada pada lapisan budaya setelah pembentukan lantai tersebut. Keadaan ini dikenal sebagai terminus pos quem. Sebaliknya, jika artifak berada pada lapisan stratigrafi, keadaan ini dikenali sebagai terminus ante quem. Contohnya di tapak A ditemui tembikar C yang berada pada lapisan III dan pada waktu yang sama tembikar C dijumpai juga pada lapisan II di tapak B. Maka tembikar C merupakan terminus post quem. Keadaan tembikar sebaliknya, dikenali dengan terminus ante quem. |
district administration | pentadbiran daerah | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pusat pemerintahan bagi sesuatu kawasan yang mempunyai sempadan tertentu di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri. Pejabat utama yang bertanggungjawab menjalankan pentadbiran di peringkat ini ialah Pejabat Daerah dan Tanah yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Peringkat daerah merupakan peringkat bagi kebanyakan projek yang dirancangkan di peringkat Persekutuan dilaksanakan dengan bantuan Jabatan atau Agensi Persekutuan dan Negeri. Pegawai Daerah berperanan sebagai penyelaras aktiviti pembangunan di peringkat daerah merangkumi perkara-perkara berikut iaitu, (i) Mewujudkan keamanan dan ketenteraman, (ii) Memastikan pembangunan daerah dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan dan lain-lain serta (iii) Memastikan masyarakat di luar bandar menyertai kegiatan ekonomi moden. |
hydrometeor | hidrometeor | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Hasil pemeluwapan atau pemejalwapan wap air dalam atmosfera, baik yang terbentuk di dalam atmosfera bebs atau di permukaan bumi; juga zarah-zarah air yang diterbangkan oleh angin dari permukaan bumi. Hidrometeor dikelaskan menurut pelbagai cara. Contohnya seperti yang berikut: i. Zarah cecair atau pepejal yang terbentuk dan terampai diudara: misalnya, jerebu lembp, awan, kabut, kabut ais, dan kabus; ii. kerpasancair: misalnya, gerimis dan hujan; iii. kerpasan sejuk beku: gerimis sejukbeku dan hujan sejuk beku; iv. kerpasan pepejal: gentelan ais, hujan batu, gentelan salji,dan hablur ais. v. jatuhan zarah-zarah yang meluap sebelum sampai ke tanah virga; vi. zarah air sama ada cecair atau pepejal yang terangkat oleh angin dari permukaan bumi: salji layang, salji terbang, percikan terbang; vii. umpukan air sama ada cecair atau pepejal pada objek yang terdedah; embun, rime, ibun beku, dan ais jernih. |