air cushion vehicle | kenderaan kusyen udara | Kesenian | Tiada | Kenderaan yang menggunakan tekanan udara untuk membolehkannya bergerak di atas air, paya atau tanah datar. |
arable farming | perladangan tanaman | Pertanian | Agroteknologi | Jenis pertanian yang melibatkan penyediaan tanah sebelum penanaman dilaksanakan. Amalan ini dilakukan di kawasan tanah datar, yang membolehkan jentera penyediaan tanah digunakan untuk menggemburkan tanah supaya sesuai digunakan untuk perladangan tanaman semusim seperti jagung, padi dan ubi. Biasanya, input lain juga diberikan seperti baja dan pengairan. Jenis pertanian ini berbeza dengan pertanian yang tidak melibatkan apa-apa penyediaan tanah seperti keadaan padang rumput semula jadi yang digunakan sebagai padang ragut ternakan tanpa tanah itu dibajak atau ditanam dengan apa-apa juga tanaman. |
prairie | prairie | Geografi | Tiada | Kawasan datar tanah rumput yang luas dan tak berpokok di Amerika Utara. |
plain | dataran | Geografi | Tiada | Kawasan datar atau tanah beralun yang landai dan luas. |
escarpment | tubiran | Geografi | Tiada | Bahagian penara atau tanah tinggi datar yang menunjukkan cerun yang curam. |
kanat | kanat | Geografi | Tiada | Terowong bawah permukaan untuk bekalan air, bermula dari bawah muka air tanah dan mencerun ke bawah ke permukaan tanah dengan kecerunan yang lebih datar daripada kecerunan muka air tanah dan kecerunan permukaan tanah. |
bench terrace | teres bangku | Pertanian | Agronomi | Kawasan datar di lereng bukit yang dibina dengan memotong tanah pada lereng bukit mengikut kontur tanah dan diratakan. Tanaman seperti getah dan kelapa sawit ditanam dalam barisan pada teres tersebut. Tujuan membina teres bangku adalah untuk menyekat saliran air yang boleh mengakibatkan hakisan tanah. Teres ini juga memudahkan kerja-kerja menyelenggara tanaman dengan adanya laluan datar. |
panplain | dataran pan | Geografi | Tiada | Permukaan tanah yang hampir datar yang terbentuk melalui percantuman dataran-dataran banjir. |
low country | negeri pamah | Geografi | Tiada | Kawasan tanah rendah yang datar dan luas, terletak biasanya kurang daripada 180 m. |
panplain | dataran pan , pansatah | Geologi | Tiada | Permukaan tanah yang hampir datar yang terbentuk melalui percantuman dataran-dataran banjir. |