open land | tanah lapang | Geografi | Tiada | Tiada |
open ground | tanah lapang | Geografi | Tiada | Tiada |
unbuilt area | tanah lapang | Geografi | Tiada | Tiada |
open field | lapangan terbuka | Landskap | Tiada | Tanah lapang berumput atau tidak berumput yang tidak ditumbuhi oleh pokok. |
bonfire | unggun api | Sejarah | Tiada | Api yang dinyalakan di tanah lapang untuk merayakan sesuatu seperti perayaan St. Peter atau untuk membakar barang-barang seperti buku atau benda-benda berunsur keagamaan. |
primary succession | sesaran primer | Biologi | Ekologi | Sesaran yang bermula di tanah lapang atau di dalam kolam yang baru dibina. |
pioneer community | komuniti perintis | Biologi | Ekologi | Komuniti tumbuhan yang pertama menjajah kawasan tanah lapang, misalnya komuniti tumbuhan rumpai yang di antaranya termasuklah lalang, Imperata cylindrica, resam, Decranopteris linearis, dan senduduk, Melastoma malabathricum. |
pioneer species | spesies perintis | Biologi | Ekologi | Spesies organisma yang ahlinya cenderung menjadi spesies pertama di tanah lapang. Spesies ini selalunya tidak tolerans terhadap persaingan, dan pupus apabila populasinya terus berkembang, misalnya kangkung laut, Ipomea pes-caprae, di pantai berpasir. |
Elizabethan theatre | panggung zaman Elizabeth | Kesusasteraan | Tiada | Panggung zaman pemerintahan Elizabeth di England yang berbeza dari panggung zaman Yunani iaitu bangunan-bangunan panggung tersebut mempunyai dasar yang sama iaitu terdapat sebuah lapangan dikelilingi bangunan kecil yang rapat, bulat bujur sangkar dan tiga tingkat dan sebuah panggung yang luas menjolok ke dalam tanah tempat bermain yang utama, manakala penonton berada di tanah lapang atau balkoni. |
Solanum torvum | Terung pipit, terung rembang | Pertanian | Tiada | Tumbuhan daripada famili Solanaceae, dikenali sebagai terung rembang, daripada spesies jenis renek, berketinggian 1-2 meter dan mempunyai duri pada batang serta daun. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus, daun jenis ringkas, berbentuk bujur dan bercuping enam. Bunganya kecil, berjambak dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat dan kecil jenis beri berbiji banyak, berwarna hijau ketika muda dan bertukar kekuningan apabila masak. Pokok ini mengandungi beberapa jenis sebatian kimia seperti trovosida, heksatriakontanon, triakontanoil, nioklorogen. Tumbuhan ini mudah ditemui tumbuh liar di kawasan lapang dan tanah terbiar. Buahnya berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi manakala daunnya digunakan untuk merawat pitam, bisul, batuk dan sakit kepala. |