Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.da.ta.ngan] | تنداتاڠن

Definisi : nama (ringkasan nama) yg di­tulis oleh orang itu sendiri: pengantin lelaki itu pun menurunkan ~nya ke dlm buku Daf­tar Perkahwinan; ~ balas a) tandatangan yg diturunkan pd sesuatu dokumen, kontrak dsb yg sudah pun ditandatangani oleh orang lain; b) (Eko) tandatangan ejen berlesen atau wakilnya ke atas polisi insurans utk menjadikannya sebuah kontrak yg sah di sisi undang-undang; ~ ringkas tandatangan dgn huruf pertama (awal) nama sendiri; bertandatangan ada tandatangannya, sudah dibubuh tandatangan; menandatangani menurunkan (mem­bubuh) tandatangan pd: dlm bulan Mei 1606, orang Belanda ~ satu perjanjian dgn negeri Johor; penandatanganan perihal menandatangani (surat, perjanjian, dsb): ~ perjanjian per­sahabatan antara kedua-dua buah negara tersebut telah dilangsungkan di Kuala Lumpur; penandatangan orang yg menandatangani (surat, perjanjian, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.da.ta.ngan] | تنداتاڠن

Definisi : nama atau tanda (tulisan) yg menunjukkan nama seseorang yg ditulis oleh orang itu sendiri: Dia menurunkan ~nya ke dlm buku pelawat. bertandatangan sudah diberi tan­­­da­tangan; ada tandatangannya. me­nan­datangani menurunkan atau mem­bubuh tandatangan pd sesuatu: Dia telah ~ surat perjanjian itu. pe­nandatanganan perbuatan atau perihal menandatangani (perjanjian dsb): Majlis ~ akan diadakan pd pukul 9.00 pagi esok. penandatangan orang yg menandatangani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandatangan (kata nama)
Bersinonim dengan sain, teken, parap, tekan, ringkasan nama, coretan nama, autograf;,
Kata Terbitan : bertandatangan, menandatangani, penandatanganan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
digital signaturetandatangan digitalTeknologi MaklumatPerisianSkema yang menggunakan kriptografi tak simetri. Skema ini digunakan untuk melaksanakan tandatangan elektronik bagi menentusahkan penghantar mesej ialah penghantar yang sebenar. Tandatangan digital ini bersamaan dengan tandatangan bertulis tangan dalam kebanyakan aspek. Walau bagaimanapun, tandatangan digital sukar untuk ditiru kerana skemanya berdasarkan algoritma kriptografi. Tandatangan digital ini juga menyediakan perkhidmatan tiada sangkalan, iaitu penghantar tidak dapat menafikan bahawa mesej tersebut dihantar olehnya dan penerima tidak boleh menafikan bahawa mesej tersebut tidak diterima olehnya. Contoh penggunaannya ialah Sistem e-Filing dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sinonim tandatangan elektronik.
digital signature standard (DSS)piawai tandatangan digital (DSS)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerPiawai yang diguna pakai oleh kerajaan Amerika Syarikat dan tandatangan digital. Lihat juga tandatangan digital.
digital signaturetandatangan digitalTeknologi Maklumate-KesihatanIdentifikasi pelanggan yang disulitkan dan telah didaftarkan dengan pihak berkuasa. Tandatangan digital membolehkan identiti pengirim dokumen atau e-mel ditentusahkan dan memastikan dokumen yang dikirim tidak diubah suai. Individu yang mengirim dokumen berserta tandatangan digital tidak dapat menafikan bahawa dia yang telah mengirimkan dokumen tersebut. Terdapat dua jenis tandatangan digital, iaitu tandatangan yang disulitkan oleh pengirim sendiri dan sijil digital tersulit. Dalam bidang e-kesihatan, tandatangan digital akan dilampirkan bersama-sama e-mel atau dokumen kesihatan yang dikirim oleh seseorang yang telah diberikan autoriti.
digital signaturetandatangan digitalTeknologi MaklumatTiadaSatu ID pelanggan yang disulitkan yang telah didaftarkan dengan pihak berkuasa. Tandatangan digital membolehkan identiti pengirim dokumen/e-mel ditentusahkan dan memastikan dokumen yang dikirim tidak diubah suai. Individu yang mengirim dokumen beserta teknologi digital tidak dapat menafikan bahawa dia telah mengirim dokumen tersebut. Terdapat dua jenis tandatangan digital iaitu tandatangan yang disulitkan oleh pengirim sendiri dan sijil digital tersulit. Tandatangan digital ini akan dilampir bersama emel atau dokumen yang dikirim. Syarikat MyCert (MIMOS Berhad) adalah contoh pihak berkuasa tandatangan digital di Malaysia.
digital signature algorithm (DSA)algoritma tandatangan digital (DSA)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerAlgoritma kriptografi tak simetri yang menghasilkan tandatangan digital dalam bentuk pasangan nombor perdana yang besar, yang digunakan dalam piawai tandatangan digital. Algoritma El Gamal dibangunkan oleh Taher El Gamal pada tahun 1985 menggunakan kerumitan pengiraan logaritma diskret yang merupakan salah satu contoh algoritma tandatangan digital.
countersignaturetandatangan balasPentadbiran PerniagaanTiadaTandatangan ejen berlesen atau wakilnya ke atas polisi untuk menjadikannya sebuah kontrak yang sah di sisi undang-undang.
sign manualtandatangan rajaUndang-undangTiadaTandatangan rasmi seseorang raja.
electronic signaturetandatangan elektronikTeknologi MaklumatPerisianLihat tandatangan digital.
signature analysisanalisis tandatanganTeknologi MaklumatTiadaTeknik pengesahan tandatangan dengan melakukan penipisan dan analisis corak alur pada jari.
authenticity of the signaturekesahan tandatanganPentadbiran PerniagaanTiadaKesahihan tandatangan pada sesuatu dokumen.
12345678

Kembali ke atas