Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rebana ubirebana ubiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Rebana ubi diperbuat daripada kayu, baluhnya berbentuk kon dan mempunyai satu muka kulit yang bergaris pusat hampir satu meter. Kulit dipasang pada baluh dengan tali rotan tebal dan kulit ditegangkan dengan tali rotan dan sendal kayu yang diselitkan antara badan dengan tali rotan. Baluh dan kulit dihiasi logo atau lambang sesuatu kumpulan atau desa. Coraknya bermotifkan geometri yang dicat berwarna-warni. Rebana ubi biasanya digantung atau diletakkan di atas tanah secara menegak dan kulitnya dipukul dengan tangan atau pemukul yang berbalut. Rebana ubi yang dimain­kan secara ensembel menghasilkan rentak terhasil bagi tujuan pertandingan atau hib

gendanggendangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Gendang ialah dram berbentuk tong cembung dan mempunyai dua permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan menggunakan tali rotan. Permukaan kulit ditiunkan dengan menegangkan tali rotan. Pemain meletakkan gendang di atas riba secara melintang dan kedua-dua permukaan kulit dipukul dengan tangan untuk menghasilkan rentak bertingkah. Gendang terdapat dalam dua saiz, iaitu gendang anak bersaiz kecil dan gendang ibu bersaiz besar. Gendang dimainkan dalam pelbagai ensembel, termasuklah wayang kulit, makyong, tarinai, joget gamelan, gendang silat, dan caklempong di Malaysia serta ensembel gamelan di Indonesia. Gendang dikenali juga sebagai klong khaek di Thailand dan kendhang di Indonesia.

kanjirakanjiraMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang digoncang, iaitu tamborin. Kulit dipasang pada badan kanjira, sementara piring logam kecil dilekatkan pada bahagian bingkai kanjira yang sempit. Apabila permukaan kulit dipukul dengan tangan, piring logam tersebut akan menghasilkan rentak tertentu. Kanjira berasal dari India dan dimainkan dalam ensembel tradisi muzik Karnatak di selatan India.


Kembali ke atas