Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tari
Kata Terbitan : menari, tarian, penari,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tarian singatarian singaMuzikTiada

Tarian masyarakat Cina yang melambangkan keharmonian, keamanan dan kebahagiaan. Tarian ini dipersembahkan bagi merayakan Tahun Baru Cina, pembukaan perniagaan baru, majlis perkahwinan dan majlis meraikan tetamu kehormat. Penari pertama menggerakkan kepala singa manakala penari kedua pula menggerakkan badan singa tersebut. Tarian ini diiringi ensembel yang terdiri daripada luo (gong), bo (simbal) dan shigu (dram besar).

boboMuzikTiada

 Alat muzik tradisional negara China yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul serentak. Bo berbentuk alat muzik simbal dan dimainkan dalam ensembel tarian singa dan ensembel muzik Cina yang lain.

luoluoMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Cina yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Luo diperbuat daripada perunggu, tidak berbusut serta mempunyai permukaan yang rata. Alat muzik ini berdinding nipis dan bergaris pusat kecil atau sederhana. Luo digantung dan permukaannya dipukul dengan pemukul yang berbalut. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel ke­cil untuk mengiringi tarian singa dan orkestra Cina moden, iaitu huayue tuan. Selain itu, luo juga merupakan set gong yang terdiri daripada 10 atau lebih biji gong yang digantung pada rak kayu dan dipukul dengan pemukul kayu. Lihat juga yun lo.


Kembali ke atas