Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.si/] | تاسيق

Definisi : 1. kawasan air yg luas dan dikelilingi oleh daratan, danau; 2. sl laut; menabur bijan ke ~ prb membuang-buang wang (waktu, tenaga, dll) dgn sia-sia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.si/] | تاسيق

Definisi : ~ timbul sj tumbuhan (pokok renek), coreng atap, cucur atap, Leucopogon mala-yanus.tasik-tasik sj tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput kucing, rumput talan, Adenosma capi-tatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.si/] | تاسيق

Definisi : kawasan air yg luas dan dikelilingi daratan; danau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tasik (kata nama)
Bersinonim dengan danau, situ, danu.,

Puisi
 

Tasik Cini airnya tenang,
     Tempat kedidi selalu terbang;
Hamba kini dalam bimbang,
     Akibat janji dilupai orang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menabur bijan ke tasik.

Bermaksud :

Membuang-buang wang, waktu dan tenaga dengan sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
raised bograwa terangkatGeografiTiadaRawa yang berlaku di kawasan iklim lebih basah dan berawan, di alam sekitar oligotrofik tasik-tasik cetek di mana tumbuh-tumbuhan kar atau fen akan membentuk sebuah lembangan gambut fen.
crater laketasik kawahGeologiTiadaTasik, biasanya tasik air tawar yang terbentuk di kaldera atau di kawah volkano melalui penumpukan hujan atau air bawah tanah.
oligomictic laketasik oligomiktik , tasik oligomikGeologiTiadaTiada
lakeviewhadap tasik/hala tasikPenilaian Harta TanahTiadaTiada
lakeviewhadap tasik/ hala tasikPenilaian Harta TanahTiadaTiada
morainal laketasik morainGeologiTiada1. Tasik yang memperoleh airnya dari peleburan ais glasier.,2. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk oleh pemendapan glasier.,3. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk di batuan dasar oleh hakisan glasier.,4. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk oleh runtuhan bahan basuhan keluar yang mengelilingi jisim ais bergenang.
lacustrine wetlandtanah bencah tasik/tanah basah tasikLandskapTiadaKawasan tasik yang mengandungi tumbuhan dan hidupan liar yang dapat menyesuaikan diri dengan kawasan tersebut. Sinonim tanah bencah lakusrin/tanah basah lakustrin.
glacial laketasik glasierGeologiTiada1. Tasik yang memperoleh airnya dari peleburan ais glasier. 2. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk melalui pengendapan glasier. 3. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk di batuan dasar melalui hakisan glasier.
glacial scour laketasik kerukan glasier , tasik kedukan glasierGeologiTiadaTiada
periodic laketasik berkalaBiologiEkologiTasik yang hanya wujud pada masa tertentu sahaja. Tasik ini kering setiap tahun pada musim kemarau.
12345678910...

Kembali ke atas