filter-cake thickness | ketebalan kek turas | Kejuruteraan | Petroleum | Ukuran tebalnya pepejal yang terendapkan di atas kertas turas, hasil ujian turas selama 30 minit mengikut piawaian API. Tebalnya kek ini diukur dengan alat pengukur vernier atau lain-lain alat pengukur, dan dinyatakan dalam pecahan per 32 daripada satu inci. Di setengah kawasan ketebalan kek turas ditentukan dengan mengukur ketebalan kek yang diendapkan di atas kertas turas untuk ujian masa 71/2 minit. |
meno layer | lapisan monomolekul | Geografi | Tiada | Lapisan yang tebalnya satu molekul. |
aprismatic enamel | enamel tanpa prisma | Perubatan | Tiada | Lapisan luar enamel, tebalnya beberapa mikron dan dipercayai tidak berprisma. |
monomolecular layer syn. monolayer | lapisan monomolekul | Hidrologi | Tiada | Lapisan yang tebalnya satu molekul. Misalnya lapisan asid lemak atau setengah alkohol berat yang dilamparkan ke atas permukaan air untuk mengurangkan sejatan. Sin.: lapisan mono. |
lipid bilayer | dwilapisan lipid | Biologi | Histologi dan Sitologi | Lapisan lipid yang tebalnya berukuran dua molekul dan terbentuk secara spontan apabila fosfolipid bercampur dengan air. Lapisan ini bersifat hidrofob dan hidrofil. |
hypodermis | hipodermis | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Lapisan sel tumbuh-tumbuhan, tebalnya setebal satu sel atau lebih, yang pesat terbentuk di bawah epidermis dan mengukuhkan epidermis. 2. Lapisan sel epitelium di bawah kutikel yang merembeskan kutikel pada anelid, artropod dan vertebrat yang lain. |
pericycle | perisikel | Biologi | Histologi dan Sitologi | Lapisan sel parenkima atau sklerenkima yang tebalnya berukuran satu sel atau lebih, dan dalam beberapa hal keadaannya terputus-putus dan menyaluti stel, terutamanya pada kebanyakan akar tumbuh-tumbuhan vaskular. Lapisan ini turut terlibat dalam proses pertumbuhan kambium felogen dan akar lateral. perikambium. |
biquartz | dwikuartza | Fizik | Optik | Peranti yang terdiri daripada dua keping kuartza berdamping yang sama tebalnya dan dapat memutar satah pengutuban cahaya dalam arah yang bertentangan. Peranti ini digunakan pada alat analisis dalam penentuan sifat cahaya terkutub. Penggunaan kuartza ini dapat meningkatkan kejituan uji kaji. |
double layer | lapisan ganda dua | Pertanian | Tiada | 2. Satu zon larutan tanah berdekatan dengan permukaan zarah tanah yang tebalnya hanya beberapa ion garis pusat, di mana kation-kation dijerap dengan kuat. |
chromosphere | kromosfera | Matematik | Tiada | Lapisan atmosfera matahari yang di sebelah atas lapisan berbalik tetapi di sebelah bawah korona. Tebalnya beribu-ribu batu dan berwarna jahang. |