leadership of example | kepemimpinan melalui teladan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Prinsip yang menekankan model kepimpinan yang cemerlang. Model ini mengutamakan ciri-ciri, teladan dan sifat unggul yang dimiliki oleh seseorang pemimpin yang boleh memberi kesan positif dan menjadi ikutan orang ramai. Pemimpin sentiasa diharapkan berperilaku baik dan memiliki sifat kepimpinan yang mantap, bertanggungjawab, berkaliber, berdedikasi, bermoral tinggi serta sedia berkhidmat kepada orang ramai. Hal ini kerana mereka sentiasa menjadi perhatian dan rujukan awam. Slogan ini dipopularkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia. |
parable play | lakon teladan | Kesenian | Drama dan Teater | Drama alegori yang menggunakan kisah lain supaya penonton membandingkannya dengan kisah sebenar. Drama ini diolah atas kekuatan memikat penonton dan menarik simpati. Lakon teladan yang berkesan biasanya dipersembahkan dalam bentuk drama sebabak. |
role action | peranan teladan | Perubatan | Tiada | Tugas atau tanggungjawab jururawat yang bertepatan dengan peranannya. Tanggungjawab ini amat diharapkan oleh pesakit. |
exemplary damages | ganti-rugi teladan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
exemplum | cerita umpama | Kesusasteraan | Tiada | Anekdot atau naratif pendek yang bersifat teladan. |
modelling | pemodelan | Psikologi | Psikologi Umum | Proses yang membolehkan maklumat disampaikan melalui contoh atau teladan sebelum amalan yang betul dapat dilaksanakan oleh individu. Bandura (1971) telah menamakan pemodelan sebagai pembelajaran secara cerapan atau pemerhatian. Banyak perkara yang dilakukan oleh individu dalam kehidupan seharian dipelajari dengan cara melihat, meniru atau memerhati sesuatu yang diperoleh daripada tindakan seseorang (model). Melalui pemodelan, individu mempelajari respons berdasarkan sejauh mana hasil yang didapati oleh model atau melihat peraturan umum yang boleh dipakai kepada situasi tertentu. Banyak kajian menunjukkan bahawa pembelajaran secara pemodelan ini boleh membawa akibat buruk, khususnya tingkah laku negatif. Contohnya, ramai kanak-kanak dan remaja memperlihatkan tingkah laku ganas melalui model-model televisyen. |
reference group | kumpulan rujukan | Komunikasi | Korporat | Kumpulan tertentu yang menjadi bahan rujukan atau teladan dalam pembentukan citra dan tingkah laku bagi individu kumpulan atau sesebuah organisasi. Kumpulan rujukan ini biasanya terdiri daripada mereka yang telah berjaya dalam sesuatu usaha, atau individu terkenal seperti budayawan, seniman, ahli politik, ahli ekonomi, ahli sukan, dan para pemikir. Kumpulan ini biasanya mendapat liputan media atau terdedah kepada orang ramai. Dalam komunikasi korporat, kumpulan rujukan penting dalam konteks keberkaitan hubungan mereka dengan organisasi. Keberkaitan dengan kumpulan rujukan menunjukkan status organisasi dan kedudukan citra yang positif dalam kalangan khalayak berbanding organisasi lain. Kumpulan rujukan ini kerap dilantik sebagai perunding kehormat atau menjadi ahli lembaga pengarah organisasi. Kumpulan rujukan ini berfungsi untuk membantu meningkatkan dan mengekalkan citra dalaman dan luaran organisasi. Antara personaliti yang kerap menjadi kumpulan rujukan termasuklah ahli politik ternama, ahli perniagaan, pe |
chapbook | risalah cerita | Sejarah | Tiada | Buku kecil yang mengandungi cerita-cerita lama, lagu-lagu, teladan dan sebagainya. |
observational learning | pembelajaran pemerhatian | Psikologi | Psikologi Umum | Proses pembelajaran yang berdasarkan kepada contoh atau teladan sebelum amalan yang betul dapat dilaksanakan oleh seseorang. Lihat juga pemodelan. |
morality play | lakon moraliti | Kesenian | Drama dan Teater | Drama yang mengisahkan persoalan hidup dan mati manusia untuk dijadikan teladan. |