telophase II | telofasa II | Biologi | Genetik | Fasa ketika kromatid telah tiba di kutub sel dan pembentukan nukleus bermula. |
ex-Nazi | bekas Nazi | Sejarah | Tiada | Orang yang telah meninggalkan atau berhenti bergiat dalam kegiatan dan amalan fahaman Nazi, kebanyakannya di Jerman selepas kekalahan Hitler dalam Perang Dunia II. |
bounceback | sertaan tawaran | Komunikasi | Korporat | Tawaran tambahan yang dibuat kepada pengguna yang bertindak balas terhadap tawaran asal yang dibuat oleh syarikat. Tawaran ini disertakan bersama dengan barangan asal yang telah dipesan. Strategi penjualan barangan dengan cara ini berjaya kerana: (i) Syarikat berjaya mengenal pasti kecenderungan minat pengguna terhadap sesuatu jenis barangan. (ii) Syarikat berupaya memperkenalkan lebih banyak pilihan jenis barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. (iii) Syarikat boleh mendapatkan tambahan senarai pelanggan yang bekecenderungan tinggi menjadi pelanggan tetap syarikat. Selain tawaran barangan tambahan, pengguna kerap juga ditawarkan dengan ganjaran lain dalam bentuk kupon potongan harga, tawaran keahlian istimewa, hadiah, tawaran cabutan nombor bertuah dan sebagainya. |
Poisons Act 1952 | Akta Racun 1952 | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Akta yang bertujuan untuk mengawal selia pengimportan, pemilikan, pengilangan, pengkompaunan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan bahan racun yang diwartakan pada 1 September 1952 dan disemak pada 1989. Terdapat empat peraturan yang telah digubal di bawah akta ini, iaitu: i. Peraturan-peraturan Racun 1952; ii. Peraturan-peraturan (Fi) Racun 1983; iii. Peraturan-peraturan Racun (Sodium Hidroksida) 1962; dan iv. Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989. |
bai‘ ‘inah financing | pembiayaan bai‘ ‘inah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan tunai yang melibatkan akad pembelian secara hutang dan penjualan semula secara tunai. Proses pembiayaan ini berlaku seperti yang berikut: i. Pelanggan yang ingin mendapatkan pembiayaan tunai menghubungi bank. ii. Pelanggan membeli aset daripada bank secara hutang. iii. Pelanggan menjualkan semula aset tersebut kepada bank secara tunai. iv. Bank menyerahkan harga jualan tunai kepada pelanggan. Melalui cara ini, pelanggan telah berhutang dengan bank melalui akad hutang tetapi kemudiannya berjaya mendapatkan tunai melalui jualan tunai. Harga jualan hutang kepada individu biasanya lebih tinggi daripada belian tunai oleh bank. Kaedah pembiayaan ini diamalkan oleh sesetengah perbankan Islam untuk tujuan pembiayaan peribadi. Penerimaan dari sudut syarak adalah berbeza mengikut mazhab kerana dianggap sebagai helah menghalalkan riba. Walau bagaimanapun, kaedah ini sepakat diterima dari segi syarak apabila proses jual beli ini melibatkan pihak ketiga yang dikenali sebagai pembiayaan tawarr |
Caenorhabditis elegans | Caenorhabditis elegans | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Sejenis cacing gelang (nematod) lut sinar berukuran 1 mm panjang yang hidup di dalam tanah. C. elegans digunakan sebagai organisma model untuk kajian yang berkaitan dengan genetik dan biologi molekul. Maklumat berkaitan dengan genom cacing ini telah dikenal pasti sejak tahun 1998 dan dianggarkan bersaiz 100 juta pasangan bes dan mengandungi enam kromosom (I, II, III, IV, V, dan X) serta genom mitokondrion. Lihat juga WormBase. |
Brest-Litwosk Peace Agreement) | Persetujuan Damai Brest-Litwosk | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persetujuan damai yang ditandatangani pada tahun 1918 di antara Rusia dengan negara Eropah Tengah, iaitu Austria- Hungary, Bulgaria dan Turki. Perjanjian ini dibuat ekoran tercetusnya revolusi di Rusia pada tahun 1917 yang memaksa Tzar Nicholas II turun takhta. Pihak komunis pimpinan Lenin dan Trotsky yang mengambil alih ingin memulihkan keamanan dan membuat persetujuan damai tersebut dengan negara Eropah Tengah. Dalam perjanjian ini, pihak Rusia memberikan konsesi wilayah dan kewangan kepada negara yang menyertai persetujuan damai ini. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah dimansuhkan apabila satu lagi perjanjian dimeterai, iaitu Perjanjian Versailles. |
collective action | tindakan kolektif | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Langkah yang diambil secara bersama oleh kumpulan individu dalam organisasi bertujuan untuk menunjukkan kesepakatan dan kesepaduan anggota bagi memenuhi keperluan, tujuan dan hasrat kelompok tersebut. Tindakan ini boleh berlaku dalam dua bentuk, (i) kelompok yang melaksanakan sesuatu tindakan berasaskan agenda yang telah dipersetujui secara bersama bagi memenuhi sesuatu matlamat dan kepentingan awam. Tindakan ini berlaku hasil dari musyawarah, rundingan dan muafakat. (ii) kelompok yang membuat tuntutan tertentu untuk kepentingan mereka dengan mengadakan rundingan bersama pihak pengurusan, penyerahan memo, piket dan mogok. Tindakan kolektif mewujudkan rasa tanggungjawab dan kesediaan menanggung sebarang bentuk risiko yang mungkin dihadapi secara bersama bagi mengelakkan anggota organisasi menyalahkan sesama mereka. |
tawarruq financing | pembiayaan tawarruq | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan yang melibatkan akad pembelian aset secara hutang dan penjualan semula secara tunai kepada pihak ketiga. Proses pembiayaan ini berlaku seperti yang berikut: i. Individu yang ingin mendapatkan wang tunai membeli suatu barang daripada seorang peniaga dengan harga ansuran untuk tempoh tertentu. ii. Individu tersebut menjualkan semula barang berkenaan kepada pihak ketiga secara tunai dengan harga yang kurang daripada harga beliannya. Melalui cara ini, individu tersebut telah berhutang dengan peniaga melalui akad hutang tetapi berjaya mendapatkan tunai melalui jualan tunai daripada pihak ketiga. Kaedah ini sepakat diterima dari segi syarak kerana akad hutang dan jual beli tunai itu melibatkan pihak yang berlainan. |
abdicate | turun takhta | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi seorang raja atau permaisuri yang merupakan ketua sesebuah negara melepaskan jawatannya sebagai pemerintah. Hal ini berlaku bukan kerana tamat tempoh pemerintahannya tetapi atas kerelaan untuk melepaskan jawatan tersebut. Situasi ini pada tradisinya wujud dalam sistem pemerintahan yang berbentuk monarki. Contohnya, Raja Don Juan Pinto, Brazil, telah turun takhta pada tahun 1882 dan menyerahkan tanggungjawab pemerintahan kepada putera beliau Don Juan II. |