demineralized zone | zon terdemineral | Perubatan | Tiada | Zon yang telah berlaku pelarutan bahan mineral dari tisu. |
sunk cost | kos hangus | Pentadbiran | Tiada | Kos yang telah berlaku dan tidak boleh diundur kembali. |
الطلاق الثلاث | talak tiga | Agama Islam | Tiada | Talak yang telah berlaku tiga kali secara berasingan atau sekali gus dengan lafaz talak tiga. |
throwback | imbau kembali | Umum | Tiada | Mengenang sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada masa lampau. |
past weather | cuaca lampau | Geografi | Tiada | Kata umum bagi cuaca yang telah berlaku. |
dethroned | diturun takhta | Sejarah | Tiada | Tindakan penggulingan atau penurunan kuasa yang telah berlaku bagi raja atau pemerintah dari takhta atau tampuk pemerintahannya. |
remedial maintenance | penyenggaraan pemulihan | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses membaiki kegagalan yang telah berlaku dalam sistem. |
demand indicator | penunjuk permintaan | Kejuruteraan | Tiada | Alat yang menunjukkan permintaan maksimum yang telah berlaku pada litar dalam tempoh yang diberi. |
loss reserve | rizab kerugian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Anggaran liabiliti tuntutan insurer yang telah berlaku tetapi belum dibayar sehingga tarikh penilaian tertentu. Biasanya kerugian tertanggung tetapi belum dilaporkan, kerugian patut dijelaskan tetapi belum dibayar dan amaun yang belum lagi dijelaskan juga dimasukkan. Takrif ini adalah seperti yang akan dilaporkan dalam penyata kewangan insurer. |
beeper | alat bip | Sosiologi | Tiada | Alat yang berbunyi bip yang menandakan sesuatu proses telah berlaku seperti pada mesin basuh. |