Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.len.tang] | تلنتڠ

Definisi : terbaring (terletak dll) dgn bahagian depan atau bahagian cekung ke atas, lwn telung­kup: Salihin yg mula-mula ~ itu, mem­balikkan badannya; menelentang terbaring (tidur, terletak) telentang: sekarang dia ~ bujur di atas tilam; menelentangkan membaringkan (mele­tak­kan dll) telentang: dia ~ badannya; tertelentang terjatuh (terbaring dll) telentang; ~ berisi air, tertiarap berisi tanah prb perihal orang yg terlalu miskin (lemah), tidak berdaya upaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.len.tang] | تلنتڠ

Definisi : terbaring atau terletak dgn bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dgn bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telen­tang: Dia ~ badannya di lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telentang

Peribahasa

Seperti kura-kura telentang.

Bermaksud :

Orang sakit yang terbaring dengan tiada berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
snow angelkuakan saljiUmumTiadaBentuk atau corak yang terhasil berbentuk sayap pada permukaan salji apabila seseorang berbaring telentang sambil menggerakkan tangan dan kaki ke sisi dan ke dalam.

Kembali ke atas