Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.ma] | تيما

Definisi : (téma) subjek yg menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dsb, tajuk, pokok: jiwa perempuan memang telah banyak dijadikan ~ dlm kesusasteraan; bertemakan memakai sesuatu sbg tema, berdasarkan tema (yg tertentu): kebanyakan karyanya ~ percintaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.ma] | تيما

Definisi : /téma/ dasar cerita yg di­per­cakapkan; perkara yg dijadikan dasar sesuatu cerita, pembicaraan dll. bertema mempunyai tema. ber­temakan meng­gunakan sesuatu (rangkaian kata dsb) sbg tema: Hari Kebangsaan 1984 ~ “Amanah Asas Kejayaan”. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tema (kata nama)
Bersinonim dengan dasar, asas, pokok, tajuk, judul, motif, isi;,
Kata Terbitan : bertemakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
buried themetema tersiratKesusasteraanTiadaTema yang tersembunyi atau pernyataan yang dipersembahkan secara tidak langsung dalam sesebuah sajak. Tema tersirat berbeza dengan tema eksplisit yang dipaparkan secara langsung dan ketara. Penggunaan tema tersirat bertujuan untuk menggalakkan penglibatan pembaca mencari maksud tersirat, lantas pembaca seolah-olah mencipta semula sajak itu. Namun, kadangkala tema tersirat menjadi punca kelemahan sesebuah sajak. Hal ini demikian kerana sajak terlalu kabur sehingga rumit untuk ditafsirkan.
tematemaMuzikTiada

Melodi utama dalam sebuah karya muzik. Lihat juga subjek.

transformation of themes/thematic transformationtransformasi temaMuzikTiada

Penyampaian sesuatu tema secara kreatif pada keseluruhan karya dalam muzik program, puisi simfoni dan tondichtung. Tema sesuatu watak atau idea dipelbagaikan untuk menggambarkan suasana atau sifat yang berlainan. Teknik transformasi ini mengubah sifat tema tanpa menjejaskan identiti tema asal. Lihat juga idee fixe, Leitmotif.

themetemaKesusasteraanTiadaMesej utama yang terkandung dalam sesebuah karya termasuklah novel, cerpen, drama dan puisi. Tema jarang diungkapkan secara langsung tetapi diekspresikan melalui imej yang berulang-ulang, mengandungi aksi, watak dan lambang serta harus ditafsirkan oleh pembaca atau khalayak. Tema berbeza dengan subjek (topik atau perkara yang ingin diperkatakan). Tema merupakan komen, pemerhatian, dan telahan tentang subjek. Tema dalam bahasa Yunani bermaksud �cadangan� atau �letak�.
Faust themetema FaustKesusasteraanTiadaTema arketaip seseorang cendekiawan yang sanggup menerima balasan seksa neraka demi memiliki kepuasan intelektual dan kebendaan. Hal ini didasarkan kepada legenda pada kurun ke-16 yang mengesahkan seorang ahli sihir bernama Faust. Faust sanggup menggadaikan nyawanya kepada syaitan demi memperoleh pengetahuan dan kuasa. Tema ini dihidupkan dalam karya Geothe bertajuk Faust dan novel Thomas Mann berjudul Doktor Faustus.
ideatema; ideaKesenianTiada1. Tema: Motif utama.
theme-basedasas temaPendidikanTiadaPenyusunan pengalaman pembelajaran di sekitar tema yang menghubungkan kandungan daripada pelbagai bidang.
theme parktaman temaLandskapTiadaKawasan berlandskap hiburan yang mempunyai tema tertentu dan menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi kepada orang ramai. Taman ini biasanya mengenakan bayaran masuk kepada setiap pengunjung.
theme parktaman temaLandskapTiadaKawasan berlandskap hiburan yang mempunyai tema tertentu dan menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi kepada orang ramai. Taman ini biasanya mengenakan bayaran masuk kepada setiap pengunjung.
shi�r ?l-f?khrshi�r ?l-f?khrKesusasteraanTiadaPuisi Arab yang bertemakan kebanggaan. Puisi ini menjadi nadi kesusasteraan Arab klasik. Menurut sebahagian pengkritik sastera, tema puisi ini merentasi tema yang lain seperti shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-f?khr berbeza dengan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Melalui Shi�r ?l-f?khr, seseorang penyair merakamkan kelebihan peribadi dan komuniti masyarakat yang diwakilinya dengan penuh kebanggaan, sedangkan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?� merupakan tradisi penyair yang mencari habuan dengan menyanjung individu tertentu dan mencela orang lain. Pada zaman ini, menjadi fitrah atau tabii bagi kabilah Arab mengangkat kedudukan kabilah masing-masing. Contohnya ialah kebanggaan Hatim al-Ta�i, seorang sasterawan Jahiliah terhadap kemuliaan peribadi dan sikap pemurahnya sendiri. Pada zaman Islam dan seterusnya, kebanyakan penyair Islam dan al-muwalladun (penyair bukan Arab yang dilahirkan di rantau Arab) telah menghasilkan shi�r ?l-f?khr yang dibuat-buat, tidak seperti pada zaman
12345678910...

Kembali ke atas