ceramic | seramik | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Artifak yang diperbuat daripada tanah liat yang dibakar pada suhu tertentu. Antara artifak yang dikategorikan sebagai seramik ialah terra cotta, tembikar, tembikar batu, porselin dan seladon. Seramik ialah salah satu bahan perdagangan yang utama di Asia Tenggara dan di Eropah. Seramik juga dianggap sebagai bahan milik yang amat berharga pada sesetengah masyarakat, seperti tajau (tempayan) bagi masyarakat Iban di Sarawak. Pusat pembuatan seramik perdagangan awal yang utama ialah China, Khmer (Kampuchea), Thailand dan Parsi. Perkataan seramik berasal daripada perkataan Yunani �keramos� bermaksud barang yang mudah pecah. |
tripot pottery | tembikar trikaki | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tembikar yang diperbuat daripada tanah liat yang mempunyai tiga kaki. Terdapat lubang pada kaki tembikar dan corak hias tali pada badannya. Lubang yang terdapat pada kaki tembikar ini berfungsi untuk mengalirkan haba panas semasa pembakaran. Bahagian kaki dilekatkan pada bahagian dasar tembikar. Masyarakat yang membuat tembikar ini tergolong dalam budaya Neolitik. Di Asia Tenggara, tembikar ini dijumpai di Ban Kao (Thailand) dan Gua Berhala (Kedah). |
earthenware | tembikar tanah | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tembikar yang diperbuat daripada tanah liat mempunyai ciri-ciri tertentu. Terdapat dua kaedah penghasilan tembikar, iaitu secara jemuran matahari dan pembakaran dengan suhu antara 350� C hingga 1000�C. Tembikar tanah mudah diresapi air kerana mempunyai lubang yang banyak. Tembikar ini mempunyai dua ciri yang berbeza, iaitu berhias dan tidak berhias. Bahan asasnya juga melibatkan campuran dengan unsur asing untuk menguatkannya seperti pasir, pecahan cangkerang, sekam padi dan tembikar yang telah pecah. Contoh ini dijumpai di Gua Angin, Jerantut (Pahang). |
Batavianware | Tembikar Batavia | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tembikar yang disalut atau dihiasi dengan warna coklat kekuningan (glasier plumbum) yang terdapat dalam pelbagai warna. Tembikar ini mempunyai hiasan pada badan sama ada di bawah atau di atas lapisan glasier. Tembikar ini wujud sekitar tahun 1662 -1722 Masihi pada zaman Kangxi. Tembikar ini dikenali dengan Batavianware kerana diperdagangkan dari Batavia (Jakarta) ke pasaran Belanda. |
cord marked (design) | tanda tali | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah tekapan yang digunakan dalam menghasilkan pola hias pada tembikar tanah, dibuat semasa tembikar masih basah yang biasanya terdapat pada bahagian badan. Tanda tali merupakan ciri khusus bagi tembikar tanah pada Zaman Neolitik di Asia Tenggara. Contohnya, di Malaysia tembikar tanda tali dijumpai di Gua Cha (Kelantan). Sinonim cap tali. |
underglaze decoration | hiasan bawah licau | Kejuruteraan | Tiada | Hiasan pada tembikar anum dan tembikar biskut yang dilitupi dengan licau lut sinar. |
blister | lepuh (tembikar) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Lepuh yang berlaku pada tembikar akibat pembakaran, kesan tindak balas tanah dan kualiti pembuatan yang tidak setara. Pelepuhan juga boleh terjadi pada lapisan glasier yang tidak tebal, bahagian leher dan badan tembikar yang sering disentuh oleh manusia. |
firing method | kaedah pembakaran | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Proses pembakaran tembikar tanah yang terbahagi kepada tiga kategori. Pertama, pembakaran terbuka, iaitu tembikar akan diletakkan di atas permukaan tanah dan ditutup dengan daun atau sekam kemudian dibakar sehingga sampai ke tahap oksidasi atau oksida. Pembakaran kategori biasanya akan menghasilkan tembikar kasar. Kedua, iaitu pembakaran separuh terbuka. Tembikar diletakkan secara bertingkat dan mempunyai dinding, sementara bahagian atasnya terbuka. Bahagian atas ditutup dengan daun atau sekam dan di dindingnya terdapat lubang untuk kayu pembakaran. Ketiga, iaitu pembakaran secara tertutup. Pembakaran ini melibatkan tembikar yang disusun di dalam tanur secara tertutup manakala udara dialirkan melalui corong. |
biscuit (ceramic) | biskut (seramik) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tembikar yang dihasilkan secara kasar dan masih kelihatan serpihan pasir pada permukaan tembikar sehingga rupanya seperti biskut. Pada permukaan tembikar ini ada pasir timbul atau kesan mengerutu. |
double-spouted (vessel) | dwimuncung (bekas) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bahagian muncung tembikar yang berkembar yang menghala ke arah kiri dan kanan, berperanan sebagai tempat penyimpanan air. Tembikar jenis ditemui di tapak Lubang Angin dan Gua Niah (Sarawak) pada tahun 1960-an oleh Tom Harrisson. Tembikar ini merupakan sebahagian daripada bekal pengebumian yang tidak pernah ditemui di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Tembikar ini juga mempunyai perlambangan bentuk seperti paruh burung enggang yang mempunyai kaitan dengan tradisi budaya suku Kenyah dan Kayan. |