Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pa.han] | تمڤهن

Definisi : 1. sesuatu yg ditempah (pakaian, peti, dll), pesanan, lwn kodian: baju ~; kasut ~; 2. perihal menempah, pesanan: mereka telah membatalkan ~ tiket kapal mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pa.han] | تمڤهن

Definisi : sesuatu yg ditempah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tempahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reservation numbernombor tempahanPentadbiran PerniagaanTiadaAksara yang ditetapkan oleh sistem komputer bagi setiap tempahan atau operator mungkin memasukkan nombor tempahan yang mengikut abjad, abjad-angka atau angka.
franchise positionkedudukan tempahanKomunikasiKorporatHalaman dalam media cetak atau ruang masa siaran tertentu dalam media elektronik yang digunakan untuk penerbitan atau penyiaran sesuatu iklan melalui kaedah tempahan oleh pihak agensi pengiklanan dengan persetujuan pihak penerbit. Dalam media cetak, halaman tersebut digunakan untuk menerbitkan iklan secara berterusan pada halaman yang sama sehingga tempoh tempahan berakhir. Kaedah yang sama juga digunakan dalam media elektronik kerana iklan akan terus disiarkan pada masa yang sama sepanjang tempoh tempahan. Kedudukan ruang dan masa yang ditempatkan boleh diperbaharui atas persetujuan agensi pengiklanan dan penerbit. Pada kebiasaannya, tempoh kedudukan tempahan minimum bagi setiap penerbitan iklan di Malaysia adalah sebulan.
bai‘ istisna’bai‘ istisna’/jual beli tempahanPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli secara tempahan bagi sesuatu produk mengikut spesifikasi produk, harga, kaedah pembayaran dan penyerahan yang dipersetujui oleh pihak yang berakad. Harga boleh dibayar kesemuanya sama ada semasa akad, semasa penyerahan produk, bayaran separuh semasa akad atau separuh semasa penyerahan produk, mengikut peratusan siap tempahan atau secara ansuran mengikut persetujuan kedua-dua pihak. Setelah urus niaga ini berlaku, pengusaha mempunyai dua tanggungjawab, iaitu menyiapkan produk yang ditempah dan menyerahkan produk setelah disiapkan. Urus niaga ini dikecualikan daripada rukun jual beli kerana tiada produk semasa akad tetapi syarak mengharuskannya kerana keperluan masyarakat.
bookingtempahanPentadbiran PerniagaanTiadaTempahan: Keadaan bilik atau ruang hotel yang ditempah oleh individu atau kumpulan untuk penginapan atau sesuatu acara.
الإستضاعakad tempahanAgama IslamFiqhTempahan sesuatu barang dengan pihak pengusaha.
deposit reservationtempahan bercagarPentadbiran PerniagaanTiadaTempahan bilik yang dijamin ada untuk sekurang-kurangnya sehari walaupun tetamu tiba lewat.
multiple reservationtempahan berbilangPentadbiran PerniagaanTiadaTempahan yang dibuat atas nama kumpulan dan berkemungkinan dibuat sebagai penempahan individu.
blocked bookingtempahan berkelompokPentadbiran PerniagaanTiadaTempahan terjamin bilik atau ruang hotel yang dibuat oleh sekumpulan penginap.
blocked spacetempahan berkelompokPentadbiran PerniagaanTiadaTempahan terjamin bilik atau ruang hotel yang dibuat oleh sekumpulan penginap.
confirmed reservationtempahan sahPentadbiran PerniagaanTiadaTempahan daripada pelanggan untuk menginap sama ada secara lisan atau bertulis yang mendapat persetujuan pihak hotel.
12345678910

Kembali ke atas