Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.pang] | تيمڤڠ

Definisi : (témpang) 1. cacat yg tetap pd kaki (kaki pendek sebelah dll), capik, pincang: segala rakyat kecil besar, tua muda, bongkok, ~ pun sekaliannya berkampunglah; 2. tidak sama panjang (kaki kerusi, meja, dll): kerusi itu ~ kakinya; 3. = tertempang-tempang incang-incut: ketika pulang ia melihat Mahmud berjalan ~ dipapah oleh Ainon; 4. ki tidak seimbang, ada kekurangannya (cacatnya), berat sebelah, tidak adil, tidak betul (per­jalan­an­nya dll): bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsa­raan lantaran kesalahan masyarakat yg selalu ~ ini; orang ~ jangan dicacat, ingat-ingat hari belakang prb kecelakaan orang janganlah sangat dikata barangkali kita sendiri akan mengalami hal yg serupa; menempang berjalan tempang; menempangkan, menempang-nempangkan; ~ kaki berpura-pura tempang kaki; ketempangan 1. perihal (keadaan dsb) tem-pang, kecapikan, kepincangan; 2. cacat, cela; 3. hal yg tidak wajar (tidak adil dll), keadaan tidak wajar: bolehkah kita mengatasi ~ musya-warah kita serta kembali ke musyawarah yg sebenar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.pang] | تيمڤڠ

Definisi : /témpang/ 1 tidak sama panjang (ttg kaki kerusi dsb); pendek sebelah: Kerusi itu ~ kakinya. 2 tidak dpt berjalan dgn betul kerana cacat kakinya dll; capik: Penulis itu ~. 3 incang-incut (kerana pendek sebelah kakinya): Budak itu berjalan ~. menempang berjalan tempang. menempangkan menjadikan tempang. ~ kaki berpura-pura tempang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempang (adjektif)
Bersinonim dengan capik, pincang, encot, hincut, incut, jengkang-jengkot, kipa, pecok, teweng, kecok, cengkih kuap, rengkat;,
Kata Terbitan : tertempang-tempang, ketempangan,

Peribahasa

Memimpin gajah tempang,
     mati dihempap dek tubuh.

Bermaksud :

Menolong orang besar-besar dalam kesusahan akhirnya akan mencelakakan diri orang yang menolongnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lametempang;; lame (fabrik)PerubatanTiada1. Tempang: Perihal penyimpangan gaya jalan yang lain daripada biasa.
ذات عراجtempang (binatang)Agama IslamFiqhBinatang yang kakinya cacat yang menyebabkan jalannya tempang
lametempang;; lame (fabrik)SosiologiTiadaTiada
lametempang;; lame (fabrik)VeterinarTiadaTiada
lametempang;; lame (fabrik)KesenianTiada2. Lame: Fabrik daripada yarn gimpal sebagai latar belakang atau corak, yang ditenun dengan tenun jaquard atau tenun permatang. Pada masa ini yarn logamnya bersalut poliester untuk mengelakkannya daripada pudar.
crippled chickanak ayam tempangVeterinarTiadaTiada
الأعواجcacat anggotaAgama IslamFiqhKecacatan pada anggota binatang korban seperti tempang dan sebagainya.

Kembali ke atas