local plan | rancangan tempatan; pelan tempatan | Sosiologi | Tiada | 1. Rancangan tempatan: Rancangan pembangunan terperinci yang disediakan oleh pihak berkuasa perancangan tempatan berdasarkan rancangan struktur yang telah disediakan mengikut peruntukan tertentu. |
local story | cerita tempatan; berita tempatan | Komunikasi | Tiada | Tiada |
local story | cerita tempatan; berita tempatan | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
local plan | rancangan tempatan; pelan tempatan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
local authority | autoriti tempatan | Pentadbiran | Tiada | Kuasa pemerintahan atau pengurusan di peringkat tempatan seperti kota, bandar atau daerah yang mempunyai autonomi yang tersendiri. Autoriti ini memberi kuasa kepada kerajaan tempatan untuk mengurus dan membangunkan kawasannya dengan menggubal peraturan tertentu. Autoriti tempatan juga boleh menjana pendapatannya sendiri melalui sumber cukai yang dikenakan kepada orang ramai. Kerajaan tempatan berkuasa menentukan kadar cukai pintu, bayaran letak kereta di bandar serta lesen peniaga kecil. |
locally edited supplement | sisipan suntingan tempatan | Komunikasi | Korporat | Bahan terbitan berita tempatan yang ditulis, disunting, dan disisip dalam terbitan media cetak pada peringkat nasional untuk tujuan edaran tempatan. Tujuan pengeluar atau penerbit adalah untuk mendapatkan penerimaan edaran yang meluas dalam kalangan khalayak tempatan. Selain itu, sisipan ini juga bertujuan untuk membantu menyediakan ruang penyebaran maklumat pemasaran untuk syarikat di sekitar kawasan liputan bagi meluaskan pengaruh citra sesebuah syarikat yang membeli ruang iklan. |
ethopoetics | etnopuitika | Kesusasteraan | Tiada | Perihal tafsiran baharu tentang sistem kesusasteraan sesuatu bangsa berdasarkan ciri-ciri khusus sastera bangsa tersebut. Dalam kalangan sarjana tempatan, wujud suatu kesedaran untuk menilai semula sistem sastera tempatan, sama ada dari segi sejarah atau teori dan kritikan yang berteraskan tradisi dan nilai tempatan. Sarjana tempatan tidak lagi bergantung pada tradisi dan nilai budaya luar (Barat), malah berdialog secara kritis dengan mereka. Unsur etnopuitika kesusasteraan sesuatu bangsa harus bersumberkan budaya pemikiran asli bangsa berkenaan yang banyak terakam dalam khazanah kesusasteraan lisan. Dengan kata lain, etnopuitika sastera sesuatu bangsa haruslah berteraskan jati diri dan tradisi bangsa yang melahirkan sastera tersebut yang diwarisi sejak zaman silam. Kesedaran tersebut telah muncul di seluruh dunia termasuklah di Afrika, Asia Barat, Jepun, China, dan Nusantara. Di Malaysia, perbincangan tentang konsep etnopuitika dalam satera Melayu telah dilakukan oleh Muhammad Haji salleh melalui bukunya Pui |
local development | pembangunan tempatan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha pembangunan yang dilakukan di peringkat tempatan seperti di kota, bandar dan daerah yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Pembangunan ini melibatkan pembinaan infrastruktur, penambahan ruang perniagaan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi, pembinaan institusi pendidikan, pemeliharaan keamanan yang berterusan bagi memastikan proses pembangunan berjalan lancar. Usaha pembangunan peringkat tempatan ini sering kali merujuk kepada pengurusan tempat perniagaan, kemudahan awam, projek perumahan dan pemeliharaan kebersihan di kawasan perumahan, perniagaan atau bandaran. |
local plans | pelan tempatan | Undang-undang | Tiada | Pelan tempatan untuk sesuatu kawasan atau sebahagian kawasan itu yang disediakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan yang mengandungi butir-butir terperinci tentang cadangan pihak berkuasa itu untuk pembangunan dan kegunaan tanah di kawasan itu. Cadangan itu hendaklah selaras dengan pelan struktur secara amnya. |
local apparent noon | rembang matahari ketara tempatan | Matematik | Tiada | Pukul dua belas waktu ketara tempatan, atau ketika matahari ketara berada di atas cabang atas meridian tempatan. |