Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pi.nis] | تمڤينيس

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg keras kayu­nya dan tahan lama), kepinis, Sloetia elongata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pi.nis] | تمڤينيس

Definisi : nama sj pokok yg keras kayu­nya (biasanya digunakan utk membuat rumah dll), Sloetia elongata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tempinis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tempinistempinisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Streblus elongatus daripada famili Moraceae. Gubal kayu tempinis berwarna coklat kekuningan dan mudah dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna coklat kemerahan dan berubah menjadi coklat tua apabila terdedah. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 915 hingga 1025 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat keras dan sangat berat. Kayu ini sukar dikerjakan dan dikemas siap, tetapi cepat mengering, dan mempunyai tahanan semula jadi yang tinggi. Kayu tempinis sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti jambatan dan pangkalan, lantai tahan lasak, dan alas landasan kereta api, dan tiang eletrik.

Kembali ke atas