termination interview | temuduga penamatan | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
CAPI (computer assisted personal interviewing) | CAPI (temuduga persendirian berbantu komputer) | Teknologi Maklumat | Tiada | Penggunaan komputer atau Internet untuk mentadbir soal selidik kepada individu . |
recruiting field | kawasan pengambilan | Sejarah | Tiada | Kawasan yang dikhususkan untuk temuduga dan pengambilan anggota baru tentera. |
seniority | kekananan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kedudukan yang lebih tinggi dalam struktur pentadbiran. Terdapat beberapa cara menentukan kekananan. Pertama, penentuan berdasarkan kepada tarikh pelantikan. Seseorang yang lebih lama dilantik adalah lebih kanan berbanding dengan kakitangan yang lain. Sekiranya tarikh pelantikan adalah sama bagi beberapa orang pegawai, maka tarikh kekananan mereka akan ditentukan mengikut susunan bilangan pilihan temuduga suruhanjaya. Kedua, penentuan berdasarkan meritokrasi. Kecemerlangan perkhidmatan seseorang boleh melonjakkan kedudukannya ke suatu jawatan yang lebih tinggi. Seseorang anggota perkhidmatan awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang boleh mendaki struktur hierarki dengan lebih cepat. Kelazimannya kekananan seseorang akan mempengaruhi kedudukannya dalam pentadbiran dan proses kenaikan pangkat. |
administrative procedure | tatacara pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Garis panduan, cara atau peraturan terperinci yang menjelaskan tindakan dalam mengendalikan dan menyelesaikan tugas pentadbiran. Tatacara pentadbiran diwujudkan bagi memastikan kelancaran dalam pengurusan organisasi, membantu pekerja ke arah pencapaian matlamat, menangani permasalahan dan kekeliruan dalam hal ehwal pentadbiran. Garis panduan ini biasanya dilampirkan sebagai manual pekerja untuk memudahkan kakitangan baru membuat rujukan dalam urusan pentadbiran organisasi. Contoh prosedur pentadbiran ialah dalam konteks kenaikan pangkat. Tatacara pentadbiran perlu dipatuhi bermula dengan peringkat permohonan, temuduga, tapisan, pengesahan dan pelantikan. Sinonim prosedur pentadbiran. |