Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tenaga yg dihasilkan oleh kuasa elektrik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tenaga yg diperoleh drpd geseran atau drpd tindakan kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenaga (kata nama)
Bersinonim dengan kekuatan, daya, reng, keupayaan, kemampuan, kebolehan, kekuasaan, kesanggupan, kesediaan, kudrat;,
Kata Terbitan : bertenaga,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
transducertransduserTeknikElektrikPeranti atau komponen yang dapat menukarkan satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain, contohnya dari tenaga elektrik ke tenaga mekanik. Peranti seperti mikrofon menukarkan tenaga bunyi kepada tenaga elektrik, manakala motor menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik.
bus barpalang basAeroangkasaTiadaPunca pendawaian utama bagi mengagihkan tenaga elektrik.,Punca pendawaian utama bagi mengagihkan tenaga elektrik.
generatorpenjanaTeknikElektrikMesin yang mengeluarkan tenaga elektrik atau mesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Kendalian penjana berasaskan prinsip aruhan magnet apabila pengalir bergerak memotong fluks magnet dan mengaruh d.g.e. aruhan pada pengalir tersebut. dari sini voltan penjana diperoleh.
solar powerkuasa suriaKesenianSeni BinaTenaga diperbaharui yang diperlukan untuk menyumbang ke arah gagasan seni bina hijau atau seni bina lestari. Bangunan moden memerlukan tenaga elektrik untuk menggerakkan semua peralatan di dalam bangunan. Lazimnya, tenaga elektrik diperoleh daripada janakuasa sama ada digerakkan oleh tenaga minyak, gas, sampah terpilih atau arang batu. Tenaga elektrik juga boleh diperoleh daripada kuasa suria sama ada menggunakan kepingan fotovolta atau tenaga solar pekat (CSP). Penuaian kuasa suria boleh dilakukan dengan menggunakan kepingan fotovolta yang dipasangkan pada bangunan yang disepadukan pada kemasan bumbung atau kemasan dinding luaran pada mukaan bangunan. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan kepingan fotovolta adalah lebih mudah dan cepat. Kepingan fotovolta memerlukan ruang di atas bumbung atau mukaan bangunan yang menghadap matahari bagi memaksimumkan dapatan cahayanya. Selain memberikan manfaat dalam menyumbang ke arah penarafan gagasan seni bina hijau, ia juga memberikan nilai tampak pada bangunan
armatureangkerTeknikElektrik1. bahagian motor atau penjana arus terus yang berputar, atau bahagian yang mengeluarkan tenaga elektrik pada penjana arus terus dan bahagian yang menerima tenaga elektrik bagi motor arus terus. 2. bahagian yang bergetar atau bergerak dalam geganti atau pembaz.
tarifftarifTeknikElektrikSkala bayaran yang dikenakan kerana menerima sesuatu perkhidmatan, contohnya tarif penggunaan tenaga elektrik. Tujuan tarif ini adalah untuk menampung perbelanjaan awal dan penyelenggaraan di samping perkhidmatan tenaga elektrik yang diterima oleh pengguna. Tiga jenis tarif yang utama ialah tarif kadar sama rata (sekata), tarif kadar dua bahagian, dan tarif kadar blok. Contohnya, rumah kediaman menggunakan tarif kadar blok.
electrical energytenaga elektrikFizikTiadaTiada
electrical energytenaga elektrikGeografiTiadaTiada
electrical energytenaga elektrikKejuruteraanTiadaTiada
electrical energytenaga elektrikKimiaTiadaTenaga yang berkaitan dengan cas dan pergerakan elektrik. Tenaga ini diukur dalam unit watt saat (joule) atau kilowatt jam.
12345678910...

Kembali ke atas