Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tenang (adjektif)
1. Bersinonim dengan teduh: reda, hening, tidak berombak, tidak bergelora,
Berantonim dengan bergelora

2. Bersinonim dengan tenteram: lega, lapang dada, damai, bahagia, sejahtera, tabah, sabar, jenjam, kalem,
Berantonim dengan runsing gelabah

3. Bersinonim dengan aman: damai, sentosa, harmoni, rukun,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bertenang, menenangkan, ketenangan, penenang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
calmtenangGeografiTiadaAngin yang mempunyai daya kurang daripada 0 pada skala Beaufort. Halaju angin adalah kurang daripada 1 knot. Tenang boleh berlaku pada bila masa dan di mana-mana kawasan latitud. Tenang lazim berlaku di jaluran-jaluran tekanan tinggi subtropika.
calmtenangGeologiTiadaAngin yang mempunyai daya kurang daripada 0 pada skala Beaufort. Halaju angin adalah kurang daripada 1 knot. Tenang boleh berlaku pada bila masa dan di mana-mana kawasan latitud. Tenang lazim berlaku di jaluran-jaluran tekanan tinggi subtropika.
poollubukHidrologiTiada(1) Badan air tenang yang kecil dan agak dalam. (2) Lihat waduk.
sea disturbancegangguan lautMeteorologiMeteorologi PerhubunganKeadaan laut bergelombang yang dilaporkan mengikut skala ketinggian gelombangnya dari 0 hingga 9. Setiap nombor memberikan erti dan ketinggi gelombang seperti yang berikut: 0 = bak kaca (0m) 1 = riak (0 - 0.1m) 2 = tenang (0.1 - 0.5m) 3 = kecil (0.5 - 1.25m) 4 = sederhana (1.25 - 2.5m) 5 = bergelora (2.5 - 4m) 6 = sangat bergelora (4 - 6m) 7 = tinggi (6 - 9m) 8 = sangat tinggi (9 - 14m) 9 = luar biasa tinggi (lebih daripada 14m)
sightcerap; tenangMatematikTiada1. Cerap: Pengukuran altitud atau azimut jasad samawi untuk menentukan garis kedudukan. Celestial observation.
calmtenangSainsHidrometeorologiKeadaan tiada angin. Keadaan ini diberi nilai 0 pada skala Beaufort. Halaju angin adalah kurang daripada 1 knot.
design pressuretekanan reka bentukKejuruteraanTiada1. Daya yang dikenakan oleh air tenang pada empangan.,2. Tekanan yang terdaya ditahan oleh empangan.,3. Tekanan yang digunakan dalam menghitung ketebalan minimum atau ciri-ciri reka bentuk bejana tekanan atau dandang.
watercourse see also stream; river; currentlaluan air lihat juga aliran; sungai; arusHidrologiTiada(1) Alur semula jadi atau buatan yang airnya mengalir secara berterusan atau berjeda (misalnya, bermusim). (W) (2) Aliran semula jadi yang tidak keseluruhannya bergantung pada air permukaan yang terdekat, dan mengalir di sepanjang dasar di antara dua tebing yang jelas atau melalui lekukan (misalnya, jurang, paya) di sekelilingnya. Ia mempunyai bekalan air yang tetap dan kekal atau berkala dan mempunyai arus nyata ke suatu arah yang khusus dan meluahkan airnya di suatu titik tertentu ke dalam badan air tenang atau air mengalir (tasik, sungai besar, laut) atau menghilang ke bawah tanah. (W)
adagioadagioMuzikTiada

1.   Tempo muzik yang perlahan dalam keadaan selesa dan tenang.               Kelajuannya antara andante dengan largo.

2. Merujuk kepada keperluan untuk menggunakan not hiasan dalam            sesuatu karya pada abad ke-18.


Kembali ke atas