Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
teori (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan peraturan, hukum, andaian, pendapat, prinsip, hipotesis, idea, sintesis.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fundamentals of musicasas muzikKesenianTiadaPengetahuan utama mengenai teori muzik.
musicologymuzikologiMuzikTiada

 Bidang sejarah dalam seni muzik. Disiplin ini merangkumi sejarah muzik, biografi, pengorkestraan, teori muzik, fisiologi alat muzik, psikologi estetika, akustik, pendidikan muzik, pembelajaran manuskrip asal dan pelbagai unsur yang berkaitan dengan disiplin muzik. Lihat juga etnomuzikologi.

diffusion theoryteori difusiMuzikTiada

Kajian tentang asal usul sesuatu muzik serta penyebarannya ke negara-negara lain. Contohnya, alat gambus yang berasal dari Arab dipercayai dibawa masuk ke Malaysia oleh pedagang India dan Arab.

set theoryteori setMuzikTiada

Karya muzik dalam lingkungan akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang menonjolkan sifat tidak bersandar pada sistem major dan sistem minor. Sistem tonaliti mula dianggap oleh ramai komposer sebagai terbuntu dan lapuk. Schoenberg merupakan salah seorang daripada perintis kaedah pengkaryaan baru yang terkeluar dari konsep tonaliti seperti yang telah dipraktikkan sepanjang zaman praktis lazim. Bermula dengan konsep atonaliti dan kemudiannya karya dua belas ton, gaya yang telah diilhamkan oleh Schoenberg juga telah mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung gaya pengkaryaan komposer lain. Justeru, para ahli teori seperti Allen Forte dan Mi

diffusiondifusiMuzikTiada

 Penyebaran muzik serta alat muzik daripada satu masyarakat kepada masyarakat yang lain. Penyebaran ini berlaku melalui penghijrahan, perdagangan dan media. Lihat juga teori difusi.

septachordseptakordMuzikTiada

Serangkaian not yang mempunyai tujuh klasifikasi pic dalam teori set. Allen Forte merupakan ahli teori set terkemuka yang menyenaraikan 38 jenis septakord dalam bukunya The Structure of Atonal Music. Antara septakord tersebut ialah (0, 1, 2, 4, 5, 7, 8), (0, 1, 3, 4, 6, 8, 10), (0, 1, 2, 4, 5, 7, 9) dan (0, 1, 2, 3, 4, 7, 9). Contoh (0, 1, 2, 4, 5, 7, 9) ialah (C, C#, D, E, F, G, A), (C#, D, Eb, F, F#, G#, A#) dan (D, D#, E, F#, G, A, B).

octachordoktakordMuzikTiada

 Serangkaian not yang mempunyai lapan klasifikasi pic dalam teori set. Allen Forte merupakan ahli teori set terkemuka yang menyenaraikan 29 jenis oktakord dalam bukunya The Structure of Atonal Music. Antara oktakord terse-but ialah (0, 1, 3, 4, 5, 6, 8, 9), (0, 1, 2, 3, 4, 5, 7, 9) dan (0, 1, 2, 4, 5, 7, 8, 10). Contoh (0, 1, 2, 4, 5, 7, 8, 10) ialah (C, C#, D, E, F, G, Ab, Bb), (C#, D, Eb, F, F#, G#, A, B) dan (D, D#, E, F#, G, A, Bb, C).

undecachordundekakordMuzikTiada

Serangkaian not yang mempunyai 11 klasifikasi pic dalam teori set. Undekakord ialah (0, 1, 2, 3,4, 5, 6, 7, 8, 9,10).

dodecachorddodekakordMuzikTiada

 Serangkaian not yang mempunyai 12 klasifikasi pic dalam teori set. Dodekakord ialah (0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7,8, 9, 10, 11). Lihat juga agregat.

nonachordnonakordMuzikTiada

 Serangkaian not yang mempunyai sembilan klasifikasi pic dalam teori set. Allen Forte merupakan ahli teori set terkemuka yang menyenaraikan 12 jenis nonakord dalam bukunya The Structure of Atonal Music. Nonakord tersebut ialah (0,1,2,3, 4,5,6,7,8), (0,1,2,3,4,5,6,7,9), (0,1,2,3,4,5,6,8,9), (0,1,2,3,4, 5,7,8,9), (0,1,2,3,4,6,7,8,9), (0,1,2,3,4,5,6,8,10), (0,1,2,3,4, 5,7,8,10), (0,1,2,3,4,6,7,8,10), (0,1,2,3,5,6,7,8,10), (0,1,2,3, 4,6,7,9,10), (0,1,2,3,5,6,7,9,10) dan (0,1,2,4,5,6,8,9,10). Contoh (0,1,2,4,5,6,8,9,10) ialah (C,C#,D,E,F,F#,G#,A,Bb), (C#,D,D#,F,F#,G,A,A#,B) dan (D,D#,E,F#,G,G#,A#,B,C).

12

Kembali ke atas